Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ferancis Liam impi wakili Sarawak ke SUKMA XXII Selangor 2026
  • SUKAN

Ferancis Liam impi wakili Sarawak ke SUKMA XXII Selangor 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
TAHNIAH… Ferancis Liam Ngelai (kiri) dan Fathier Jackrill Shirley (kanan) yang berjaya menggondol pingat emas dalam acara ‘snatch’ seberat 70 kilogram, manakala rakan sepasukannya, Fathier Jackrill Shirley, dalam kategori ‘clean and jerk’ dengan angkatan terbaik 95 kilogram. Foto Adi Safarman

BETONG: Atlet angkat berat Zon Tengah, Ferancis Liam Ngelai, 18, menyimpan impian besar untuk meraih tempat dalam skuad Sarawak bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang dijadual berlangsung pada Ogos ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit itu berkata, peluang mewakili Sarawak di peringkat kebangsaan menjadi sasaran utama selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan pada Sukan Sarawak (SUKSAR) edisi kali ini.

Menurutnya, pembabitan dalam SUKSAR buat kali kedua menjadi platform penting untuk beliau menilai tahap kemampuan diri serta meningkatkan keyakinan bagi melangkah lebih jauh dalam arena angkat berat.

“Ini merupakan penyertaan kedua saya dalam SUKSAR dan saya berharap dapat terus berusaha lebih keras untuk mencapai semua matlamat yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak di Dewan Panglima Rentap, Betong, semalam.

TAHNIAH… Ferancis Liam Ngelai (kiri) dan Fathier Jackrill Shirley (kanan) yang berjaya menggondol pingat emas dalam acara ‘snatch’ seberat 70 kilogram, manakala rakan sepasukannya, Fathier Jackrill Shirley, dalam kategori ‘clean and jerk’ dengan angkatan terbaik 95 kilogram. Foto Adi Safarman

Ferancis Liam mencuri tumpuan apabila berjaya merangkul dua pingat emas bagi kategori lelaki 71 kilogram menerusi acara ‘snatch’ dan ‘clean and jerk’, sekali gus mengukuhkan kedudukan Zon Tengah dalam saingan angkat berat.

Dalam acara ‘snatch’, beliau mencatatkan angkatan seberat 70 kilogram, manakala rakan sepasukannya, Fathier Jackrill Shirley, mempamerkan prestasi cemerlang dengan angkatan terbaik 95 kilogram dalam kategori ‘clean and jerk’.

Kejayaan tersebut menyaksikan Zon Tengah menambah koleksi pingat emas dan mengukuhkan reputasi sebagai antara kontinjen yang konsisten dalam acara angkat berat pada SUKSAR kali ini.

Mengulas kejayaan itu, Ferancis Liam menyifatkan SUKSAR edisi ini sebagai ‘tuah’ buat dirinya kerana ia merupakan pingat emas pertama sepanjang penglibatan beliau dalam kejohanan tersebut.

“Saya berharap impian untuk beraksi di SUKMA Selangor nanti akan menjadi kenyataan dan semoga saya terpilih mewakili Sarawak,” ujarnya penuh harapan.

TAHNIAH… Ferancis Liam Ngelai (kiri) dan Fathier Jackrill Shirley (kanan) yang berjaya menggondol pingat emas dalam acara ‘snatch’ seberat 70 kilogram, manakala rakan sepasukannya, Fathier Jackrill Shirley, dalam kategori ‘clean and jerk’ dengan angkatan terbaik 95 kilogram. Foto Adi Safarman

Beliau turut mendedikasikan kejayaan yang diraih kepada ahli keluarga, jurulatih serta rakan-rakan yang sentiasa memberikan dorongan dan kata-kata semangat sepanjang tempoh latihan dan pertandingan.

Sokongan berterusan itu, katanya, menjadi faktor utama yang membantu beliau mengekalkan fokus dan semangat juang sehingga berjaya mencapai kejayaan di pentas SUKSAR.

Sementara itu, rakan sepasukan beliau, Fathier Jackrill Shirley, 16, turut berkongsi impian sama untuk menyarung jersi Sarawak pada temasya SUKMA akan datang.

Pelajar SMK Sibu Jaya itu berkata, beliau bertekad untuk meneruskan karier dalam sukan angkat berat sehingga ke peringkat kebangsaan dan bersedia meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

Selain dua pingat emas, Ferancis Liam turut menyumbang pingat gangsa dalam kategori ‘clean and jerk’ selepas mencatatkan angkatan terbaik seberat 85 kilogram.

Dalam pada itu, Fathier Jackrill Shirley turut menyumbang pingat perak bagi kategori ‘snatch’, sekali gus melengkapkan pencapaian cemerlang pasangan atlet muda Zon Tengah pada SUKSAR kali ini.

Dalam pada itu, ​Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu telah menyampaikan pingat kepada semua pemenang acara angkat berat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SUKSAR IV 2026: Enam petinju Zon Barat mara final, sasar tiga pingat emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.