Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Fenomena Samurai satukan legasi rock tanah air SEARCH, XPDC di Kuching
  • HIBURAN

Fenomena Samurai satukan legasi rock tanah air SEARCH, XPDC di Kuching

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SEARCH dan XPDC menghangatkan pentas Stadium Perpaduan, Petra Jaya menerusi Konsert Fenomena Samurai yang sarat elemen nostalgia, semalam. Foto Shikin Mahmud dan Norman B

PETRA JAYA: Stadium Perpaduan di sini berubah menjadi lautan suara peminat apabila dua kumpulan legenda tanah air, SEARCH dan XPDC, bersatu di satu pentas menerusi Konsert Fenomena Samurai yang berlangsung malam tadi.

Seawal petang, suasana sekitar stadium mula dipenuhi peminat yang tampil dengan busana berunsur rock termasuk baju-T, jaket dan aksesori, melambangkan keterujaan terhadap konsert yang menyatukan dua nama besar muzik tanah air era kegemilangan rock tempatan.

Mengulas penganjuran konsert, penganjur Iqhram Zainuddin yang dikenali umum sebagai Atom berkata sambutan yang diterima memberi makna tersendiri, terutama apabila melihat peminat setia hadir dan menikmati persembahan dari awal hingga akhir.

RIBUAN peminat membanjiri Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam bagi menyaksikan Konsert Fenomena Samurai yang menghimpunkan dua legenda rock tanah air, SEARCH dan XPDC. Foto Shikin Mahmud dan Norman B

Beliau berkata, pengisian stadium pada malam berkenaan menjadi petunjuk jelas bahawa muzik rock klasik masih mempunyai tempat istimewa di hati peminat, meskipun landskap hiburan terus berubah mengikut peredaran masa.

XPDC yang dianggotai oleh Izo, Lola, Eddie, Arif dan Mamu membuka persembahan dengan deretan lagu ikonik yang menghidupkan kembali kenangan lama, disambut sorakan padu serta nyanyian bersama penonton daripada pelbagai peringkat usia.

Detik istimewa tercipta apabila vokalis legenda, Ali XPDC, membuat kemunculan mengejut di pentas, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh dan emosi penonton yang tidak menjangkakan kehadiran beliau pada malam tersebut.

RIBUAN peminat membanjiri Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam bagi menyaksikan Konsert Fenomena Samurai yang menghimpunkan dua legenda rock tanah air, SEARCH dan XPDC. Foto Shikin Mahmud dan Norman B

Momentum konsert diteruskan dengan persembahan SEARCH menerusi Din dan Kid yang menyampaikan lagu-lagu malar segar, memperlihatkan keutuhan karya rock yang kekal relevan merentas generasi.

Gabungan dua kumpulan berpengaruh ini berjaya menyatukan ribuan penonton dalam satu irama, membuktikan muzik rock bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu perjalanan emosi dan kenangan yang terus hidup dalam ingatan peminat.

Oleh Shikin Mahmud dan Norman B

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Ernie Zakri raih 124,448,198 undi, dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 37
Next: Pembunuhan keluarga Rob Reiner: Anak didakwa atas dua pertuduhan bunuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.