Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • FENOMENA ‘KEPALA AIR’ BALEH
  • TEMPATAN

FENOMENA ‘KEPALA AIR’ BALEH

Utusan Sarawak 4 years ago
TERJADI LAGI… Longgokan sisa-sisa kayu yang turut digelar oleh penduduk setempat sebagai ‘apat’, membanjiri Sungai Batang Rajang, hanyut dari Hulu Baleh ke kawasan Kapit, Song, Kanowit, Sibu dan seterusnya ke kawasan hilir yang lain.

KAPIT: Fenomena ‘kepala air’ yang menhanyutkan kayu dan serpihannya yang dibawa runtuhan tanah, sebelum hanyut di Sungai Baleh sekali lagi berlaku di sini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, kejadian terbabit dipercayai berpunca daripada aktiviti pembalakan di Hulu Sungai Baleh.

Kejadian kali ini dikhuatiri akan menyebabkan kesan yang lebih teruk jika dibandingkan dengan kejadian pada 2010 yang lalu, tegasnya.

Kecewa dengan kejadian tersebut yang kesannya mungkin lebih teruk jika aliran sungai tidak dihalang oleh pembinaan Empangan Hidro Elektrik (HEP) Baleh, Masing mendesak agar lesen konsesi pembalakan di bahagian Hulu Sungai Baleh tidak lagi diperbaharui.

“Ia sebagai langkah untuk mengelak kejadian fenomena himpunan kayu balak hanyut tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya, menerusi perkongsian Facebooknya,semalam.

Mengulas berkenaan kejadian pada 2010, Masing menegaskan, ia juga berpunca daripada aktiviti pembalakan,kejadian longgokan sisa-sisa
kayu yang hanyut dari Sungai Baleh yang kemudian membanjiri Sungai
Batang Rajang.

“Kini kejadian itu berlaku lagi. Upacara ‘Miring’ oleh kaum Iban pada 2010 nampaknya tidak menenangkan ‘dewa-dewa’. Upacara itu tidak berjaya
kerana ‘dewa’ perosak yang sebenarnya ialah manusia. Mereka adalah konsesi pembalakan, mereka beroperasi di Hulu Sungai Baleh dan menyebabkan kesan yang dahsyat kepada alam sekitar,” kata beliau dalam nada sindiran.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: JaPen Sri Aman perluas hebahan IOW
Next: JPBB Miri tinjau tiga lokasi SJR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.