Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Fearless, Loudness & Breathe in the Ocean tarik ribuan peminat bersatu di Santubong
  • HIBURAN

Fearless, Loudness & Breathe in the Ocean tarik ribuan peminat bersatu di Santubong

Utusan Sarawak 3 days ago
GITARIS legenda Loudness, Akira Takasaki, dan Bassist, Masayoshi Yamashita, memukau ribuan penonton dengan aksi gitar dan basist solo yang bertenaga pada malam kedua RITJ 2.0 di Kampung Budaya Sarawak.

SANTUBONG: Malam kedua Rock in the Jungle 2.0 (RITJ), yang turut dikenali sebagai Rock di Rimba 2.0, berlangsung dengan penuh semangat dan tenaga meskipun hujan turun membasahi kawasan Kampung Budaya Sarawak.

Sorakan bergema apabila kumpulan tempatan Breathe in the Ocean membuka pentas dengan persembahan penuh semangat dan rentak moden, membawa angin segar kepada golongan belia di Kuching serta menandakan kebangkitan muzik tempatan di pentas antarabangsa.

Fearless pula melengkapkan susunan persembahan malam itu, sebuah kumpulan rock hebat baharu yang terdiri daripada pemuzik legenda dari Indonesia dan Malaysia: Fathan (CrossX), Edo Widiz (Voodoo), Arya Setyadi (Godbless) dan Rere (Grass Rock). 

PEMINAT muzik rock tetap setia berdiri di hadapan pentas meskipun hujan, membuktikan semangat rock tidak pernah luntur di Bumi Kenyalang.

Nama mereka yang diambil dari inisial — F, E, A, R ditambah ‘less’.  

Dengan tiga single bahasa Inggeris seperti Thousand Miles, Chaos dan Nothing Gets Enough, serta lagu Melayu/Indonesia seperti Dilema dan Ku Kejar, Fearless mempamerkan bakat serantau merentas sempadan dan bahasa, menjadikan persembahan mereka segar dan berdaya saing.

Kemuncak malam semestinya milik kumpulan legenda Jepun, Loudness, yang menggegarkan pentas dengan persembahan penuh karisma. 

KUMPULAN tempatan Breathe in the Ocean dan Fearless masing-masing menampilkan warna dan personaliti muzik tersendiri, memanaskan pentas RITJ 2.0

Penonton terutamanya terpukau dengan aksi gitaris utama mereka, Akira Takasaki, yang memukau dengan solo-solo bertenaga, membuktikan mengapa Loudness kekal sebagai antara nama besar dalam dunia rock antarabangsa.

Kehadiran kumpulan muzik antarabangsa itu bukan sahaja menarik generasi muda, tetapi turut mengimbau nostalgia buat peminat setia sejak era awal Loudness.

Ramai yang hadir seakan menghidupkan kembali zaman remaja mereka, menyanyi bersama dengan semangat yang sama seperti puluhan tahun lalu.

Setiap kumpulan yang tampil malam itu menghadirkan persembahan dengan warna dan personaliti tersendiri, menjadikan pengalaman RITJ 2.0 lebih istimewa serta pelbagai.

Meskipun hujan turun seketika, ia tidak mematahkan semangat penonton yang tetap setia di hadapan pentas, bersorak dan menikmati alunan muzik hingga ke penghujung persembahan. Jiwa rock nyata terpancar apabila ribuan peminat berdiri bersama, membentuk lautan tenaga yang penuh semangat.

PENONTON RITJ 2.0, khususnya peminat tegar Loudness, meluahkan kegembiraan kerana akhirnya berpeluang menyaksikan kumpulan kegemaran mereka secara langsung.

Kejayaan RITJ 2.0 ini juga dilihat mampu menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak konsert rock berskala besar mahupun kecil di masa depan. 

Peminat berharap festival seperti ini terus dianjurkan, malah menantikan kehadiran lebih banyak nama besar untuk menggegarkan Bumi Kenyalang.

Rock in the Jungle 2.0 sekali lagi membuktikan bahawa semangat rock tidak pernah mati, ia terus hidup bersama generasi lama dan baharu, dalam satu malam penuh muzik, nostalgia dan tenaga.

Oleh Amanda L & Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Rock In The Jungle 0.2 2025: Malam hebat di Kampung Budaya Sarawak
Next: Artis Malaysia rangkul tiga anugerah di Los Angeles

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.