Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • FBM KLCI turun pada awal dagangan
  • BISNES

FBM KLCI turun pada awal dagangan

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penurunan ketika awal dagangan pada Jumaat, menjejaki pergerakan hambar Wall Street apabila kebimbangan sektor kecerdasan buatan (AI) menjejaskan sentimen.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.02 mata kepada 1,616.94 daripada 1,619.96 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 2.24 mata lebih rendah kepada 1,617.72.

Lingkungan pasaran adalah suram apabila 308 kaunter rugi mengatasi 89 kaunter untung manakala 237 kaunter tidak berubah, 2,153 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 141.81 juta saham bernilai RM84.09 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, pihaknya mengesyorkan pengumpulan saham pada paras semasa memandangkan kemungkinan minat dana terhadap pendapatan 2026 bagi penilaian semula.

“Kami menjangkakan indeks bergerak antara 1,620 hingga 1,630 hari ini,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan SD Guthrie masing-masing naik dua sen kepada RM9.92 dan RM5.38, Hong Leong Bank meningkat empat sen kepada RM21.18, TNB dan IHH Healthcare masing-masing kekal pada RM13.14 dan RM8.13, manakala Public Bank susut tiga sen kepada RM4.27 dan CIMB menguncup satu sen kepada RM7.52.

Saham paling aktif, Mitrajaya menambah 2.5 sen kepada 78 sen, Formosa Prosonic melonjak 47 sen kepada RM2.04, manakala Tanco dan XOX masing-masing tidak berubah pada RM1.03 dan 5.5 sen. Dagang Nexchange dan Perak Transit masing-masing turun setengah sen kepada 28 sen dan 27.5 sen.

Antara kaunter paling untung ialah APM Automotive yang naik 27 sen kepada RM3.47, Sunway Construction meningkat 15 sen kepada RM5.88, CI Holdings naik tujuh sen kepada RM2.58 dan Mega First meningkat enam sen kepada RM3.53.

Antara kaunter paling rugi, BLD Plantation merosot 78 sen kepada RM12.52, Malaysian Pacific susut 66 sen kepada RM30.04, Dutch Lady turun 38 sen kepada RM28.20 dan Petronas Dagangan menguncup 28 sen kepada RM21.20.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 kurang 30.12 mata kepada 11,767.17, Indeks FBM Emas turun 33.10 mata kepada 11,997.91, dan Indeks FBM Emas Shariah menguncup 39.08 mata kepada 11,958.55.

Indeks FBM ACE susut 34.29 mata kepada 4,939.27, manakala Indeks FBM Mid 70 merosot 78.72 mata kepada 16,844.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 19.28 mata kepada 18,404.10, Indeks Perladangan kurang 5.33 mata kepada 8,220.87, Indeks Tenaga turun 1.36 mata kepada 755.93, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.08 mata kepada 165.32.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.