Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Fazzrudin calon layak terajui FAS
  • SUKAN

Fazzrudin calon layak terajui FAS

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa lawatannya ke Sarawak International Youth Football Championship 2025 (SIYFC25) yang berlangsung di Stadium Sarawak hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, dilihat sebagai calon yang memiliki kelebihan besar untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pengalaman dan kejayaan Dato Fazzrudin selaku Pengerusi Kuching City FC (KCFC) membuktikan kemampuan beliau dalam bidang pengurusan bola sepak.

Menurut beliau, pasukan KCFC berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dalam Liga Super Malaysia 2024/2025, satu pencapaian yang membanggakan bagi bola sepak Sarawak.

“Berdasarkan laporan akhbar dan juga maklum balas di media sosial, ramai pihak menyuarakan sokongan agar beliau menerajui FAS. Justeru, saya berpendapat Dato Fazzrudin mungkin calon yang paling sesuai untuk jawatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatannya ke Sarawak International Youth Football Championship 2025 (SIYFC25) yang berlangsung di Stadium Sarawak hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kementeriannya tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan, sebaliknya memberi ruang kepada proses demokrasi yang membolehkan sesiapa sahaja bertanding bagi jawatan Presiden FAS.

SIYFC25 menyaksikan penyertaan 12 akademi bola sepak dengan melibatkan 36 pasukan lelaki dan 17 pasukan wanita yang bersaing selama dua hari bermula hari ini hingga 1 Jun.

Kejohanan ini dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Amal Sahabat SEGO Kuching, FAS dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan sokongan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

Pertandingan ini turut disertai oleh pasukan dari Indonesia, sekali gus memperlihatkan penglibatan antarabangsa dalam pembangunan bola sepak remaja.

Kejohanan ini melibatkan kategori umur bawah 8, 10 dan 12 tahun, selaras dengan usaha kerajaan negeri memperkasa pembangunan bakat muda dalam sukan bola sepak.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Fernandes mungkin kekal di United – Amorim
Next: PSG catat sejarah, belasah Inter Milan untuk muncul juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.