Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Fazura bawa mesej kekuatan diri dalam Luar Biasa
  • HIBURAN

Fazura bawa mesej kekuatan diri dalam Luar Biasa

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FAZURA bersama Ade Govinda.

KUALA LUMPUR: Susulan kejayaan lagu duet Raya Pum Pang dengan Syasya Rizal yang mendapat sambutan hingga ke Indonesia, pelakon dan usahawan terkenal Fazura kali ini tampil dengan single yang berjudul Luar Biasa.

Membawa mesej kekuatan serta kebangkitan diri, karya terbitan Fazura Studios dan Universal Music Malaysia itu dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer dari Indonesia, Ade Govinda.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata kolaborasi itu tercetus selepas sesi perbincangan ringkas secara dalam talian yang membuka ruang kepada proses kreatif dalam tempoh tidak sampai seminggu.

“Melalui sesi Zoom, saya terus jelaskan konsep lagu yang saya inginkan. Saya nak lagu yang boleh beri semangat, bukan tentang putus cinta… sesuatu yang sesuai didengar waktu pagi ketika memandu, yang boleh memberi inspirasi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran muzik video lagu itu, di sini baru-baru ini.

Menurut Fazura, yang lebih menggembirakan ialah lirik asal ciptaan Ade bersama-sama dengan Veron Savanoah itu tidak perlu diubah kerana sudah menepati mesej ingin disampaikan, iaitu “jatuh itu biasa, bangkit itu luar biasa” yang menjadi inti pati lagu tersebut.

PERSEMBAHAN Fazura dan Ade Govinda pada pelancaran muzik video lagu Luar Biasa.

Bintang filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut mengakui lebih cenderung memilih karya yang membina semangat, walaupun lagu bertemakan patah hati lazimnya lebih mendapat sambutan.

“Sebagai wanita, saya rasa penting untuk kita dengar lagu yang membangkitkan semangat. Kalau terlalu kerap dengar lagu sedih, kita boleh hanyut dalam emosi sendiri. Tapi saya faham juga, ada orang suka layan perasaan apabila dengar lagu,” katanya yang  tidak menolak kemungkinan menghasilkan lagu sedih pada masa depan.

Lebih istimewa, muzik video Luar Biasa turut menjadi simbol penghargaan Fazura kepada arwah bapanya, Sharifuddin Adnan, bersempena dengan sambutan Hari Bapa.

FAZURA dan Ade Govinda.

“Saya menyokong sepenuhnya cadangan untuk menghasilkan visual yang lebih peribadi dan menyentuh nilai kekeluargaan. Kita mahukan sesuatu yang dekat dengan orang ramai, terutama tentang hubungan anak dengan ibu bapa,” katanya.

Dalam pada itu, Ade Govinda menyifatkan Fazura sebagai seorang yang mudah didekati, profesional dan senang dibawa berbincang dalam apa juga keadaan.

“Dia seorang yang sangat sederhana, dan apabila bekerja, moodnya cepat berubah jadi positif. Dia menepati masa, pantas dan mudah dijaga,” katanya. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Isu saman: Fazura serah kepada peguam
Next: Selepas 30 tahun, Elite kembali dengan konsert solo 20 September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.