Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fatimah terima kunjungan Dev Kumar
  • TEMPATAN

Fatimah terima kunjungan Dev Kumar

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGHARGAAN… Dato’ Sri Fatimah Abdullah menyerahkan cenderamata kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar selepas mengadakan kunjungan hormat di pejabat Menteri Kebajikan, Kesejahteraan komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, di Bangunan Baitulmakmur, baru-baru ini.

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah menerima kunjungan hormat dari Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar di pejabatnya di, Bangunan Baitulmakmur, baru-baru ini.

Fatimah berkata, kepemimpinannya telah berjaya menjayakan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kementeriannya.

“Kami mempunyai kerjasama yang sangat baik terutamanya dalam menangani isu keganasan rumah tangga, jenayah kanak-kanak, kehamilan remaja, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah dan ubat-ubatan serta jenayah yang berkaitan dengannya seperti kecurian dan jenayah kecil.

“Tindakan cekap dan pantas yang diambil oleh PDRM setelah laporan dibuat yang mengakibatkan penangkapan suspek dan kes yang dibawa ke mahkamah menunjukkan peningkatan kepercayaan masyarakat kepada PDRM.

“Ini adalah faktor penyumbang yang sangat penting untuk keselamatan dan kesejahteraan orang ramai,” ujarnya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian, Dr. Saadiah Abdul Samat, Pengarah Jawatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Noriah Ahmad, Setiausaha Eksekutif MPS, Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah, Ketua Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak KWKPK, Salina Bujang, Anggota Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak, Wendy Terang dan Maray Tay.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Tidak perlu tergesa-gesa adakan PRN-12
Next: Hari Memperingati Arwah: Penganut Kristian kunjungi kubur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.