Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fast Culture Auto Festival 2025 terus meriah di Stadium Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

Fast Culture Auto Festival 2025 terus meriah di Stadium Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENCURI TUMPUAN… Sekitar suasana hari kedua Fast Culture Auto Festival 2025.

PETRA JAYA: Hari kedua Fast Culture Auto Festival 2025 yang berlangsung di Stadium Sarawak terus mencuri tumpuan peminat automotif dari seluruh pelusuk negeri. Suasana masih rancak dengan kehadiran ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pelbagai jenis kenderaan unik dan berprestij.

Antara tarikan utama adalah penyertaan pelbagai jenama kenderaan yang dipamerkan, mencerminkan kepelbagaian budaya peminat dunia automotif tempatan. Aktiviti demonstrasi ekzos turut mencuri perhatian apabila peserta bersaing menampilkan bunyi paling lantang dan menggegarkan suasana.

Festival ini turut dimeriahkan dengan acara hiburan malam – Fast Culture Music Festival – yang bakal menampilkan barisan artis terkenal seperti Hujan, OAG, Feel Koplo, Efek Rumah Kaca, S.O.G dan No Good. Persembahan dijangka menyuntik lagi semangat festival yang menggabungkan elemen gaya hidup, muzik dan kereta dalam satu platform.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Penrissen diberi taklimat terkini projek dokumentasi tanah DBNA
Next: Fadriel Nuzul johan Bintang Cilik PKD Mobile 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.