Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fasiliti serba lengkap SAA bantu anak autisme di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Fasiliti serba lengkap SAA bantu anak autisme di Sibu

Utusan Sarawak 3 days ago

LAWATAN… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan bangunan baru SAA dan merasmikan majlis meletak struktur tertinggi bangunan baharu tersebut, semalam.

SIBU: Bangunan baharu Persatuan Autisme Sibu (SAA) disifatkan sebagai fasiliti lengkap yang mampu memenuhi hampir keseluruhan spektrum keperluan anak-anak autisme di kawasan ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kemudahan moden yang tersedia termasuk 10 bilik aktiviti, ruang terapi luas, Snoezelen room, bilik terapi pasir serta kemudahan latihan vokasional.

“Dengan adanya 10 bilik terapi, lebih ramai anak-anak berkeperluan khas dapat dibantu. Malah, saya cadangkan supaya ditambah satu bilik terapi air,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Meletak Struktur Tertinggi bangunan baharu SAA, semalam.

Menurut Fatimah, fasiliti itu amat penting bagi membolehkan anak-anak autisme menerima sokongan sejak usia kecil, bermula daripada penilaian awal, diagnosis, intervensi, pendidikan hingga persediaan untuk berdikari.

“Kita mahu mereka bukan sahaja mendapat intervensi yang sewajarnya, tetapi juga menikmati kehidupan yang bermaruah. Itu adalah hasrat ibu bapa dan matlamat kita,” tegasnya.

Beliau turut memuji SAA kerana bukan sahaja menumpukan kepada kanak-kanak autisme, tetapi juga menyediakan kumpulan sokongan ibu bapa dan bilik latihan khas.

“Cabaran terbesar ialah pengurusan tingkah laku. Kadang-kadang orang biasa tidak faham mengapa anak autisme boleh memukul kepalanya sendiri atau berguling di lantai. Jadi ibu bapa juga perlu dibantu,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden SAA, David Ngu berkata majlis tersebut turut meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan persatuan berkenaan yang bermula dengan inisiatif tiga orang ibu.

“Daripada langkah kecil itu, SAA kini telah berkhidmat kepada lebih 1,000 kanak-kanak dan keluarga di seluruh Sarawak, malah diiktiraf antara organisasi autisme paling dikenali di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, bangunan baharu itu mampu menampung sehingga 200 pelajar dengan tumpuan kepada latihan vokasional dalam bidang kulinari, pertanian, hortikultur serta projek masa depan seperti akuaponik dan hidroponik.

“Visi kami adalah melangkaui intervensi awal. Kami mahu menjadi pusat latihan vokasional yang menyediakan pelajar autisme dengan kemahiran hidup berdikari serta peluang pekerjaan sebenar,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong perjuangan SAA, termasuk penyumbang dana, sekolah inklusif, institusi pengajian seperti Methodist Pilley Institute, serta kontraktor yang terus komited menyiapkan bangunan meskipun bayaran penuh belum diselesaikan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM50,000 diluluskan bagi penyimenan jalan ke Rumah Landing
Next: 74 sertai ceramah keselamatan kebakaran di SJKC Nan Chiew

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.