Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Fasiliti dan pengurusan mantap, Sarawak yakin anjur Sukan Borneo dengan lancar
  • SUKAN

Fasiliti dan pengurusan mantap, Sarawak yakin anjur Sukan Borneo dengan lancar

Utusan Sarawak 1 day ago

ABDUL Karim (tengah) menyerahkan tiket simbolik kepada pemenang cabutan bertuah pada sidang media hari ini.

KUCHING: Penganjuran temasya Sukan Borneo tidak akan menjadi cabaran besar buat Sarawak susulan kelengkapan fasiliti dan pengalaman penganjuran temasya sukan yang mantap sebelum ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejayaan menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu menjadi bukti keupayaan negeri ini dari segi pengurusan, fasiliti dan sumber tenaga.

“Dari segi fasiliti, memandangkan kita baru habis mengadakan SUKMA tahun lepas, dari segi pengurusan dan lokasi semuanya teratur.

“Lagipun untuk Sukan Borneo tidak banyak sukan, hanya tujuh sukan sahaja berbanding SUKMA. Ini tidak menjadi masalah kepada kita, sangat mudah,” katanya.

Tambah beliau, jawatankuasa penganjur serta pasukan sukarelawan diyakini sudah bersedia melaksanakan tugas masing-masing sepanjang kejohanan berlangsung kelak.

Menyentuh persiapan atlet Sarawak, Abdul Karim memaklumkan bahawa semuanya berjalan dengan baik setakat ini, dan tumpuan temasya bukan sahaja terarah kepada mengejar pingat semata-mata, sebaliknya memperkukuhkan hubungan antara negeri dan wilayah di Borneo.

“Sukan Borneo ini bukan sekadar tentang kemenangan, yang lebih utama ialah membina silaturahim antara negeri dan wilayah di Borneo.

Beliau turut menyentuh kemungkinan berlakunya fenomena jerebu sewaktu temasya berlangsung, namun menyatakan keyakinan bahawa keadaan tidak akan menjejaskan aktiviti sukan secara keseluruhan.

“Kalau kita lihat daripada ramalan cuaca dan bagaimana kita mahu tangani masalah jerebu, kemungkinan masa itu dari segi indeksnya tidaklah sampai ke tahap yang membimbangkan.

“Indeks jerebu mungkin ada, tetapi tidak sampai tahap di mana kita tidak dapat bersukan,” katanya.

Temasya Sukan Borneo dijangka menghimpunkan kontinjen dari seluruh wilayah Borneo termasuk Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam, Kalimantan Timur, Kalimantan Barat dan Wilayah Persekutuan Labuan, dengan objektif memperkukuh kerjasama serta perpaduan serantau melalui sukan.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Wai Ching bawa misi pertahan gelaran dunia di Menara Merdeka 118 bulan depan
Next: Arsenal bawa masuk pemain kelima, Mosquera, untuk jadi pertahanan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.