Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • FashionValet: SPRM selesai rakam keterangan pasangan pengasas hampir 5 jam
  • JENAYAH

FashionValet: SPRM selesai rakam keterangan pasangan pengasas hampir 5 jam

Utusan Sarawak 6 months ago

PUTRAJAYA: Proses merakam keterangan pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang disambung hari ini selesai setelah kira-kira lima jam.

Kenderaan yang membawa pasangan itu dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 1.58 tengah hari. 

Turut kelihatan peguam pasangan itu Shaarvin Raaj Selva Kumar.

Terdahulu pasangan itu tiba di SPRM bagi merakam keterangan pada 9.14 pagi tadi, yang memasuki hari keempat proses rakaman keterangan.

Ia selepas SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia melibatkan transaksi yang dilakukan kepada  sebuah syarikat dikaitkan dengan pasangan pengasas FashionValet itu sejak 2018 hingga tahun lepas.– BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Terima upah RM5,000 bawa dadah naik pesawat ke Sarawak
Next: Ketua Polis Johor nafi bersara susulan video tular

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.