Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fasa pertama projek perumahan Lorong Salim 28 dijangka siap Ogos ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Fasa pertama projek perumahan Lorong Salim 28 dijangka siap Ogos ini

Utusan Sarawak 20 hours ago
TIANG…..Berbincang dengan pihak pemaju semasa melawat projek perumahan di Lorong Salim 28, hari ini.

SIBU: Projek perumahan fasa pertama di Lorong Salim 28 dijangka membawa sinar kegembiraan kepada para pembeli apabila ia disiapkan sepenuhnya pada Ogos ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, fasa kedua projek berkenaan pula dijangka siap menjelang penghujung tahun ini.

“Menurut pihak pemaju, fasa pertama akan disiapkan dalam tempoh dua bulan lagi, iaitu pada Ogos dan kami amat berpuas hati dengan kemajuan semasa projek ini.

“Fasa kedua pula dijangka siap pada akhir tahun ini. Setelah siap, Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan membantu penduduk untuk berpindah masuk dengan pengeluaran Permit Menduduki (OP),” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek hari ini.

Projek perumahan tersebut merangkumi 20 unit bagi fasa pertama dan 20 unit lagi bagi fasa kedua.

Tiang turut mengakui bahawa pemaju berkemungkinan masih bertanggungjawab terhadap liabiliti pampasan akibat kelewatan penyerahan unit kepada pembeli, seperti yang termaktub dalam perjanjian jual beli.

“Projek ini sebenarnya telah tertangguh selama dua tahun. Menurut pemaju, mereka menghadapi cabaran besar ketika pandemik COVID-19 dan turut terkesan dengan peningkatan kos bahan binaan,” ujarnya.

Walaupun projek mengalami kelewatan, beliau memaklumkan bahawa kualiti pembinaan yang ditunjukkan adalah memuaskan semasa pemeriksaan.

Menurut beliau, pemaju dilihat sangat komited kerana memahami sepenuhnya perkembangan projek dan mampu mengawal bekalan bahan binaan melalui perniagaan perkakasan miliknya sendiri tanpa bergantung kepada pembekal lain.

“Lebih penting, beliau mampu memberi kepastian bila projek boleh disiapkan dan sedia berkomunikasi secara terbuka. Ini merupakan petanda yang sangat positif.

“Kita tidak mahu pemaju yang lepas tangan, mengelak daripada berjumpa pihak berkuasa dan gagal memberi tarikh siap sebenar. Itu amat membimbangkan dalam kes projek sakit,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: DBKU, PDRM Sarawak perkukuh kerjasama tingkat keselamatan bandar raya
Next: PPNS Expo Mini Pertanian 2025, pacu transformasi pertanian Sarawak ke arah modenisasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.