Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fasa pembinaan Surau Darul Muafiqin terus dipergiat melalui peruntukan RTP
  • Selatan
  • WILAYAH

Fasa pembinaan Surau Darul Muafiqin terus dipergiat melalui peruntukan RTP

Utusan Sarawak 14 hours ago
MOHAMAD Duri menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Aidiladha anjuran Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah, di sini, malam tadi. -Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Usaha menyiapkan pembinaan Surau Darul Muafiqin di Taman Seroja Indah secara berfasa terus dipergiatkan menerusi peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, bangunan utama surau tersebut telah berjaya dinaik taraf sebelum ini, manakala pembinaan pagar serta kerja-kerja berkaitan turut disiapkan baru-baru ini.

“Setelah bangunan utama Surau Darul Muafiqin disiapkan melalui peruntukan RTP, fasa seterusnya melibatkan pembinaan pagar dan kerja berkaitan. Projek ini berjaya dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik melalui proses cabutan undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Aidiladha anjuran Surau Darul Muafiqin, Taman Seroja Indah, malam tadi.

Menurut Mohamad Duri, dengan komitmen tinggi daripada Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, kontraktor serta agensi pelaksana, penduduk Taman Seroja Indah kini dapat melaksanakan aktiviti keagamaan dan ibadat dalam suasana yang lebih selesa.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas kesinambungan pelaksanaan inisiatif RTP yang menurutnya amat penting dalam melengkapi kemudahan infrastruktur luar bandar.

“Pembangunan menyeluruh yang dikecapi rakyat hari ini adalah hasil kestabilan politik dan ekonomi negeri yang mampan, serta kepimpinan bijaksana dalam mentadbir Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir isteri ADUN Kalaka, Norlida Sharkawi, Pengerusi Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah, Justi Amban serta penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SFC anjur sesi perkongsian ekopelancongan, aktiviti bot bersama agensi, komuniti
Next: Wilfred Yap responds to Klinik Kesihatan Kota Sentosa’s call for help with new water boiler contribution

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.