Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fasa 2 Hospital Sri Aman siap Februari 2021
  • TEMPATAN

Fasa 2 Hospital Sri Aman siap Februari 2021

Utusan Sarawak 5 years ago
FOKUS… Datuk Aaron Ago Dagang sedang mencatat sesuatu dalam buku nota kecilnya ketika berlangsung lawatan ke tapak Projek Fasa 2 Hospital Bahagian Sri Aman yang baharu di Bandar Simanggang semalam.

SIMANGGANG: Projek Fasa 2 Hospital Bahagian Sri Aman yang baharu kini sudah  pada tahap 83 peratus siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 6 Februari tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata projek fasa dua berkenaan melibatkan kerja-kerja dalaman hospital seperti pemasangan peralatan perubatan, penyediaan katil pesakit dan sebagainya.

“Sistem pendawaian elekrik dan bekalan air dalam hospital baharu tersebut sudah pun selesai dilakukan oleh kontraktor bertanggungjawab sebelum ini.

“Kini kita sedang melakukan kerja pemasangan peralatan dalam hospital ini. Setelah peralatan-peralatan berkenaan selesai diuji dalam tempoh enam bulan ini maka barulah Hospital Sri Aman baharu tersebut dibenarkan beroperasi kelak,” kata beliau.

Aaaron ketika melakukan lawatan ke tapak pembinaan hospital baharu di sini semalam turut memberitahu bahawa pekerja asing tidak lagi menjadi isu berkaitan dengan projek berkenaan sekarang.

Kata beliau projek pembinaan fasa dua hospital tersebut kini melibatkan seramai 82 orang pekerja tempatan walaupun sebenarnya 219 orang pekerja tempatan diperlu bagi tujuan itu pada masa sekarang.

“Pekerja-pekerja asing (Indonesia dan China) bagi projek pembinaan hospital baharu ini telah diarah pulang ke negara asal mereka disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19.

“Kini dengan hanya seramai 82 orang pekerja tempatan, pihak kontraktor telah pun memohon Lanjutan Tempoh Masa (EOT) dan yakin projek fasa dua ini dapat disiapkan dalam tempoh yang diberi kelak,” kata beliau.

Aaron juga turut memberitahu bahawa sejumlah lapan hingga 10 orang pakar diperlukan untuk berkhidmat dalam Hospital Sri Aman baharu ini nanti berbanding dengan sejumlah empat orang pakar sedia ada sekarang.

Terdahulu Projek Hospital Sri Aman yang baharu telah mula dilaksana pada Oktober 2015 bertempat di kawasan Jalan Kejatau, Bandar Simanggang dengan kos kontrak asal bernilai RM176 juta.

Sehingga kini sejumlah RM150 juta sudah pun dibelanjkana bagi melaksanakan projek berkenaan dengan kerja penyediaan tapak (fasa satu) menghadapi kelewatan selama enam bulan sebelum itu.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Tanjong Datu sedia hadapi pilihan raya
Next: Jambatan Batang Paloh bukan janji kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.