Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Faktor kesihatan, rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditangguh
  • NASIONAL

Faktor kesihatan, rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditangguh

Utusan Sarawak 4 months ago
KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan proses rakaman percakapan Ismail Sabri yang dijadualkan esok ditangguhkan dan akan diambil pada hari lain.

KUALA LUMPUR: Rakaman keterangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri itu yang dijadual esok ditangguhkan atas faktor kesihatan.

Menurut sumber, kesihatan Ahli Parlimen Bera itu berada pada tahap rendah dan beliau juga memiliki sijil cuti sakit.

Sehubungan itu, sumber memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dijangka merekodkan keterangan bekas perdana menteri kesembilan itu pada 10.00 pagi, Jumaat ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan proses rakaman percakapan Ismail Sabri yang dijadualkan esok ditangguhkan dan akan diambil pada hari lain.

Pada 10 Februari lepas, Ismail Sabri telah menghantar maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari.

Semalam, Azam dilaporkan berkata bekas pemimpin itu merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah ‘ safehouse’ susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.

SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram (kg) jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Nabil Ahmad, Azad Jasmin, Radin direhatkan
Next: Sembilan LPB Sarawak Fasa 1 dibuka secara berperingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.