Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Fahami syarat import, eksport perdagangan pertanian Sarawak
  • BISNES

Fahami syarat import, eksport perdagangan pertanian Sarawak

Utusan Sarawak 7 months ago

Timbalan Pengarah Pertanian Sarawak, Radziah Jack ketika berucap pada program libat urus fasilitasi perdagangan pertanian di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Program Libat Urus Fasilitasi Perdagangan Pertanian 2024 anjuran Jabatan Pertanian Sarawak bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap syarat import dan eksport serta pengurusan perosak bagi tanaman durian dan kelapa. 

Menurut Pengarah Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat, topik seperti pengurusan perosak ini adalah penting bagi kepentingan ekonomi dan keterjaminan makanan.

Katanya, sesi ini akan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kaedah pengurusan perosak yang berkesan selain menyampaikan maklumat terkini berkaitan prosedur perdagangan pertanian yang relevan dengan pihak berkepentingan. 

“Sesi libat urus ini juga akan memastikan pematuhan piawaian biosekuriti tertinggi demi menjamin perkembangan mampan sektor pertanian negeri.

“Objektif program ini adalah untuk mendedahkan kepada individu berkepentingan mengenai syarat keperluan import dan eksport tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal di Sarawak.

“Pematuhan terhadap peraturan ini penting bukan hanya untuk memenuhi keperluan undang-undang, tetapi juga memastikan sektor pertanian kita terus berkembang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Pertanian, Radziah Jack pada program libat urus fasilitasi perdagangan pertanian di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. 

Selain sesi libat urus dan taklimat, majlis kemuncak program ini turut menyaksikan pelancaran buku ‘Guidelines for the Importation of Plants, Plant Products, and Regulated Articles’. 

Buku panduan ini diharap dapat memudahkan urusan import dan eksport di negeri ini, seiring dengan sambutan ulang tahun ke-100 Jabatan Pertanian Sarawak.

Program yang diadakan di Kuching ini berjaya menarik lebih 300 peserta termasuk pengimport, pengeksport, ejen penghantar, dan ahli perniagaan dari seluruh negeri.

Program ini telah dijalankan melalui siri jelajah di beberapa lokasi utama termasuk Sibu pada 21 Oktober, Miri pada 23 Oktober, dan Lawas pada 25 Oktober sebelum acara kemuncak diadakan di Kuching hari ini. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Ringgit terus mengukuh pada sesi awal susulan kelemahan dolar AS
Next: Sarawak meterai kerjasama bangunkan projek solar terapung di Murum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.