Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fahami lebih mendalam lagu rohani
  • Tengah
  • WILAYAH

Fahami lebih mendalam lagu rohani

Utusan Sarawak 3 months ago
UNTUK ALBUM… Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama Pengerusi Homecell St Paul, Skim B Meradong, Kaunselor Dalang Jamba dan para peserta pertandingan.

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah merasmikan pertandingan nyanyian lagu-lagu rohani anjuran Homecell St Paul, Skim B Meradong 2025.

Menurut Datuk Ding Kuong Hiing, pertandingan nyanyian rohani tersebut adalah julung kalinya diadakan di Daerah Meradong.

“Semenjak beberapa tahun ini, lagu rohani gereja mendapat sambutan dalam kalangan penganut agama Kristian terutamanya kanak-kanak.

“Jadi pertandingan nyanyian rohani ini juga harus diadakan untuk kategori kanak-kanak pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada pertandingan tersebut, malam tadi.

CENDERAMATA… Kaunselor Dalang Jamba menyerahkan cenderamata kepada Datuk Ding Kuong Hiing.

Beliau berkata, ia merupakan peluang terbaik untuk mengenali lebih mendalam maksud lagu dan lirik lagu rohani gereja.

Tambahnya, ia adalah langkah terbaik untuk menonjolkan bakat kanak-kanak dalam bidang nyanyian.

Beliau turut menyalurkan sumbangan geran khas bernilai RM1,500 kepada Homecell St Paul, Skim B Meradong.

Turut hadir, Pengerusi Homecell St Paul, Skim B Meradong, Kaunselor Dalang Jamba.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua beranak dipercayai hilang ketika pasang pukat, ditemukan lemas
Next: BDA: Pelaku buang sampah tepi jalan cemarkan persekitaran, boleh kena kompaun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.