Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fadillah tinjau tebing jalan runtuh Kampung Semerah
  • WILAYAH

Fadillah tinjau tebing jalan runtuh Kampung Semerah

Utusan Sarawak 3 years ago

Calon kerusi Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof pagi ini melakukan tinjauan di lokasi ekoran tebing jalan runtuh akibat paip bocor di kawasan kediaman Lorong Bangau 7 Kampung Semerah.

KUCHING: Calon kerusi Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof pagi ini melakukan tinjauan di lokasi ekoran tebing jalan runtuh akibat paip bocor di kawasan kediaman Lorong Bangau 7 Kampung Semerah.

Sehubungan itu, Menteri Kanan Kerja Raya itu sudah meminta Lembaga Air Kuching (KWB) untuk membaiki segera kerosakan paip bocor di situ.

“Malah cerun juga akan dibaiki dan dilaksanakan segera. Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya kepada pemilik rumah berdekatan dengan jalan runtuh dan penduduk sekitar,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi terbabit.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen yang masuk hari ketiga hari ini, Fadillah berkata, kesemuanya berjalan dengan lancar di kawasan Petra Jaya.

“Seperti kebiasaan kita akan berjumpa dengan jentera parti, berjumpa dengan warga penduduk kawasan Petra Jaya dan memantau sosial media.

“Nampaknya di kawasan Petra Jaya semangat orang ramai bersama GPS begitu kuat sekali. Terima kasih semua,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah turut beramah mesra dengan penduduk setempat ketika melakukan aktiviti senaman pagi di Tebingan Kuching

Petang ini pula, beliau akan menghadiri program Wanita Kemas Samariang dan seterusnya melawat bilik gerakan Parlimen Petra Jaya untuk bersama-sama jentera Gabungan Parti Sarawa (GPS).

Continue Reading

Previous: Poster GPS hiasi Taman Boulevard Mukah
Next: “Seronok jumpa pelajar” – kata Rodiyah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.