Fadillah tiba di Uzbekistan untuk lawatan kerja rasmi

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) tiba di Tashkent, Uzbekistan awal pagi Sabtu bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau di republik ini. Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, disambut oleh Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan Azizkhoja Qobilov (kiri). Turut hadir adalah Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin (kanan). Foto BERNAMA

TASHKENT:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di sini awal pagi Sabtu bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau di Uzbekistan.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, disambut oleh Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan Azizkhoja Qobilov. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Malaysia di Uzbekistan Ilham Tuah Ilias. 

Fadillah dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, serta mesyuarat bersama Menteri Tenaga Uzbekistan Jurabek Mirzamakhmudov. 

Beliau turut dijadualkan menyampaikan ucaptama, yang antaranya menyentuh amalan terbaik serta inovasi Malaysia dalam perkhidmatan awam, pada Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 di Samarkand.

Timbalan Perdana Menteri berada di Uzbekistan sehingga 24 Jun sebelum meneruskan lawatan kerja ke Rusia sehingga 28 Jun.– Bernama

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan