Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fadillah tiba di Moscow untuk lawatan kerja lima hari
  • SEMASA

Fadillah tiba di Moscow untuk lawatan kerja lima hari

Utusan Sarawak 14 hours ago

DATUK Seri Fadillah tiba di Russia malam tadi untuk melakukan lawatan kerja rasmi ke negara itu hingga 28 Jun ini. Foto Facebook Fadillah

MOSCOW:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Moscow pada Selasa, bagi memulakan lawatan kerja lima hari di Rusia.

Ketibaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada 7.20 malam waktu tempatan itu disambut Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Turut berada di Rusia ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Semasa lawatan itu, Fadillah dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau Alexei Overchuk.

Mesyuarat tersebut akan disertai Timbalan Menteri Tenaga Rusia Evgeny Petrovich Grabchak dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Vladimir Ilichev.

Timbalan Perdana Menteri juga dijadualkan mengadakan lawatan teknikal ke Loji Janakuasa Nuklear ROSATOM di St Petersburg bagi meninjau teknologi nuklear terkini dan piawaian keselamatan antarabangsa.

Selain itu, beliau turut mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pengarah ROSATOM Alexey Likhachev bagi memahami lebih mendalam landskap institusi, teknikal dan peraturan dalam pembangunan tenaga nuklear Rusia.

Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri akan diakhiri dengan Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Rusia.

Timbalan Perdana Menteri berada di Rusia hingga 28 Jun.– Bernama

Continue Reading

Previous: Penutupan ruang udara dorong syarikat penerbangan Malaysia, global berjaga-jaga
Next: Presiden Republik Kyrgyz diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.