Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fadillah sokong dua jawatan tertinggi PBB tidak dicabar
  • SEMASA

Fadillah sokong dua jawatan tertinggi PBB tidak dicabar

Utusan Sarawak 5 months ago

Dato Sri Fadillah Yusof ketika hadir merasmikan mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan N29 Beting Maro Sesi 2024-2027 di Dewan Komuniti Kampung Pusa semalam.

BELADIN: Dua jawatan tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak perlu dipertandingkan pada Perhimpunan Agungnya ke-16 Februari depan.

Naib Presiden Kanan PBB, Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersetuju dengan perkara tersebut.

“Secara peribadi saya bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PBB tidak dipertandingkan,” katanya pada mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan N29 Beting Maro Sesi 2024-2027 di Dewan Komuniti Kampung Pusa di sini semalam.

Jawatan Presiden PBB disandang oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, manakala Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi sayap Pesaka, dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bagi sayap Bumiputera.

Fadillah juga mengingatkan ahli PBB supaya sentiasa bekerja kuat dan tidak terlalu berasa selesa dan leka dengan kekuatan parti itu.

Sebaliknya kata beliau, ahli parti hendaklah bekerja dengan lebih kuat dan turun ke peringkat akar umbi, supaya rakyat terus menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan PBB. 

“Jangan terlalu berasa selesa. Segala usaha kerajaan negeri akan menjadi sia-sia jika kita semua tidak bekerja keras demi PBB dan GPS.

“Kita tidak mahu apa yang sudah dilaksanakan dan dirancang oleh Premier Sarawak, akan menjadi sia-sia disebabkan keputusan pilihan raya yang tidak menyebelahi kita,” katanya.

Fadillah berkata sekarang bukannya masa untuk berehat dan berasa selesa, kerana pihak yang satu lagi sudah turun ke bawah untuk meraih sokongan.

“Jadi saya berharap semua ahli parti terus bersatu dan bekerjasama demi memastikan apa yang kita pertahankan selama ini, terus dipertahankan demi Sarawak Maju Makmur,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor dan ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor serta ahli- ahli cawangan.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Bantuan subsidi FLYsiswa ringan beban siswa
Next: Kerajaan Sarawak mahu hantar dua wartawan ke Cambridge setiap tahun dalami bidang kewartawanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.