Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fadillah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena Hari Jadi TYT Sarawak
  • SEMASA

Fadillah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena Hari Jadi TYT Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
Datuk Amar Fadillah Yusof 
Dato Sri Joseph Salang Gandum
Dato Richard Wee… dapat Dato Sri
Datu Ik Pahon Joyik… dapat Datuk
Sharifah Rohana…. dapat ‘Datu’
Ir Yusuf Abd Wahab… dapat ‘Dato’
Razaili Gapor… dapat ‘Dato’
Miro Simuh… dapat ‘Dato’
Awang Zamhari… dapat ‘Datu’
Richard Michael… dapat ‘Datu’
Grace Huong… dapat ‘Datu’
Zainal Abidin… dapat ‘Datu’
Adana Jed… dapat ‘Datu’
Mendiang James Ritchie… Anugerah secara anumerta PSBS
Ismail Dikoh… PBS
Iskandar Turkee… PBS

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof mendahului senarai 1,372 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat sempena Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya dianugerahkan darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’.

Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’ pula dianugerahkan kepada dua penerima iaitu bekas Timbalan Menteri Luar, Dato Joseph Salang Gandum dan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak Dato Richard Wee Liang Chiat. 

Sementara itu, lima orang dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Mereka ialah Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros), Dato Ibrahim Baki; Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep;Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu; Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Dato Majang Renggi dan Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Datu Ik Pahon Joyik.

Seramai sembilan orang pula menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran ‘Datu’.

Mereka ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Adana Jed; Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Dr Cassidy Morris; Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan: Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) negeri, Awang Zamhari Awang Mahmod; Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas; Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Sharifah Rohana Wan Alwi; Pengarah Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak, Grace Huong Siew Hung; Pengurus Besar PUSAKA, Zainal Abidin Abdullah dan Pengurus Besar SALCRA, Joseph Blandoi. 

Seramai 22 orang pula menerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran ‘Dato’ termasuk Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir  Yusuf Abd Wahab; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor; ADUN Serembu, Miro Simuh; ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin.

Turut menerima pingat sama adalah Setiausaha Sulit Kepada Premier Sarawak Ahmad Hazlan Ismawi;Yang di-Pertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Dr. Wan Ali Tuanku Madhi dan Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang; 

Turut menerima P.S.B.S adalah Dr Punitha Silvarajoo, DCP Mohd Taufik Toh Abdullah, Brig Jen Jafri Sulaiman, Su Tiang Joo, Fenny Nuli, Jasni Jubli, Hasbilah Mohamad Salleh, Tapah Ata, Ruslan Abdul Ghani, Augustine Wong Chung Ho, James Ung Sing Kwong, Ngui Ing Ing, Datin Sri Angelina Celestine Ujang, Ahmaf Hazlan Ismawi, Dr Salihin Abang dan Zolkipli Mohamad Aton.

Tokoh wartawan, mendiang James Alexander Ritchie dan dua yang lain menerima anugerah secara anumerta iaitu darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran ‘Dato’ (anumerta).

Turut menerima anugerah secara anumerta sama adalah bekas Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Profesor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce dan pejuang nasionalisme yang juga seorang penulis terkemuka, Allahyarham Mohd Hasbie Sulaiman.

Tujuh orang pula menerima Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) termasuk ADUN Tebedu, Simon Sinang Badang dan ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

Sementara itu, 13 penerima Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) termasuk  ADUN Jepak, Iskandar Turkee dan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Ismail Dikoh.

Lapan belas orang pula menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) termasuk Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Awang Putrayusri Awang Redzuan.

Penerima lain antaranya Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah, Residen Bahagian Kapit Elvis Didit dan Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Pecahan penerima darjah lain adalah Pingat Perwira Negeri (P.P.N) (Emas) (1 penerima); Pingat Perwira Negeri (P.P.N) (Emas) (anumerta) (1 penerima); Pingat Perwira Negeri (P.P.N) (Perak) (3 penerima); Pingat Perwira Negeri (P.P.N) (Gangsa) (10 penerima); Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) (134 penerima), Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) (159 penerima); Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) (109 penerima); Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) (157 penerima); Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) (355 penerima); Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) (anumerta) (1 penerima) dan Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) (362 penerima). 

Continue Reading

Previous: Wong Soon Koh: Sarawak, Sabah must hold two-thirds of Parliament seats to protect Malaysia’s diversity

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.