Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fadil pangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman kuat kuasa esok
  • SEMASA

Fadil pangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman kuat kuasa esok

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATUK Fadil Marsus. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman berkuat kuasa esok.

Ini susulan pertukaran Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula pada tarikh sama.

Majlis serah terima tugas yang diadakan di Dewan Theatrette, Bukit Aman di sini itu disaksikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Mohd Khalid dalam ucapannya berkata pelantikan Mohd Shuhaily merupakan satu penghormatan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana diberi kepercayaan untuk mengetuai satu lagi agensi yang begitu penting bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terkawal.

“Jadi ini bukan perkara kecil dan saya percaya ia satu amanah berat yang perlu dilaksanakan oleh beliau. PDRM secara terbuka akan memberikan sokongan padu serta tidak berbelah bahagi untuk memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab berkenaan dapat dilaksanakan dengan baik serta berkesan,” katanya.

Mohd Shuhaily dalam ucapannya pula berkata beliau berterima kasih kepada semua warga PDRM khususnya pasukan JSJ yang memberi dorongan dan sokongan sepanjang satu tahun 11 bulan menggalas jawatan Pengarah JSJ.

“Ini bukanlah selamat tinggal, tetapi jendela baharu dalam kerjaya saya. Sinergi di antara PDRM dan AKPS adalah pemangkin utama untuk menjayakan hasrat kerajaan dalam mengawal sempadan negara,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada campur tangan dalam urusan badan kehakiman – PM Anwar
Next: Pastikan pelaksanaan dasar, perlindungan hak pekerja dapat dilaksanakan secara menyeluruh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.