Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Exists beri nafas baharu dalam Alasanmu
  • HIBURAN

Exists beri nafas baharu dalam Alasanmu

Utusan Sarawak 14 hours ago
BAKAL GEGARKAN PENTAS... (Dari kiri) Ahli kumpulan Exists, Along, Ezad Lazim, Musa, Ujang dan Ajai bergambar ketika sidang media konsert dan pelancaran Lagu Alasanmu Versi 2025 di IOI Putrajaya semalam. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Selepas lebih tiga dekad lagu Alasanmu meniti di bibir peminat, kumpulan Exists tampil menyuntik nafas baharu dalam karya klasik mereka itu dengan pelancaran semula lagu Alasanmu versi 2025.

Menampilkan susunan muzik sinematik dan vokal lebih mantap, versi baharu lagu malar segar itu diolah  sepenuhnya sendiri oleh kumpulan popular era 90-an tersebut, bagi menterjemahkan secara lebih jujur kekecewaan yang pernah mereka alami sepanjang perjalanan sebagai anak seni.

MASIH BERBISA… Vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim ketika membuat persembahan selepas sidang media konsert dan pelancaran Lagu Alasanmu Versi 2025.

Vokalisnya Ezad Lazim berkata keputusan memperbaharui lagu tersebut dibuat selepas melihat sambutan tinggi terhadap Alasanmu dan Mencari Alasan di platform penstriman digital.

“Sebenarnya pemilihan lagu ini adalah hasil perbincangan dengan Sony Music. Kalau ikut statistik, dua lagu ini paling tinggi penstriman di YouTube dan Spotify,” katanya pada sidang media pelancaran lagu Alasanmu versi 2025 dan Konsert Exists Premium Live @ PJ, di sini semalam.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, berkata perancangan merakamkan semula lagu itu telah bermula pada 2022 namun tertangguh akibat pelbagai kekangan pascapandemik.

VOKALIS kumpulan Exists, Ezad Lazim. Foto BERNAMA

 “Saya rasa Alasanmu lagu yang kekal relevan dan orang memang nak dengar. Jadi tidak salah kita beri kelainan dengan susunan yang lebih segar,” katanya.

Pemain gitar Exists, Along pula menyifatkan Alasanmu layak diberikan versi baharu kerana naskhah itu antara lagu yang memperkenalkan mereka kepada peminat di Indonesia.

“First single yang boom (laris) di Indonesia ialah Mencari Alasan, jadi sebab itu Sony bagi idea untuk release kedua-dua versi (Alasanmu dan Mencari Alasan) supaya kerinduan peminat di Indonesia dapat terubat, kerana selama ini mereka tanya kenapa tidak ada lagu baharu, maka kita come out dengan new version. Insya-Allah coming soon ada lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Exists bakal menghiburkan peminat dengan konsep persembahan lebih intim menerusi Konsert Exists Premium Live yang dijadualkan berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Oktober depan.

Bakal tampilkan hingga 20 lagu pilihan, Ajai yang juga pemain keyboard Exist berkata semua anggota kumpulan  sentiasa memberi kerjasama yang jitu bagi menjayakan konsert berkenaan. 

“Exists ini semua ‘prebet’ ketika berlatih, maksudnya kita mendengar kata-kata semua. (Setiap) cadangan dalam  konsert diputuskan secara sebulat suara,” katanya.

Ajai turut berkongsi hasrat Exists mengadakan pertemuan semula dengan bekas vokalis, Mamat, yang menjalani rawatan pemulihan di bawah Persatuan Pengasih Malaysia di Bentong, Pahang.

“Sekarang prestasi kesihatan dia dah bagus, kita dengar daripada warden di sana dia dah jadi ikon, jadi bos dekat kantin.

“Banyak peningkatan dalam masa singkat. Walaupun dia masuk Pengasih pucuk pangkal ialah hati dia. Kita sebagai abang-abang dia sentiasa berdoa agar apa yang kita peroleh, kita nak dia pun peroleh benda sama,” katanya.

Tiket konsert boleh dibeli menerusi www.jiotix.asia dengan harga RM368 hingga RM588. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pementasan semula Rubiah, medium didik nilai budaya dan akhlak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.