Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ever Given dibenarkan belayar semula
  • GLOBAL

Ever Given dibenarkan belayar semula

Utusan Sarawak 4 years ago
DIBENARKAN BERLAYAR… Kapal kargo MV Ever Given dengan berat muatan 199,000 ton tersekat di Terusan Suez pada 23 Mac lalu akibat ditiup angin kencang. • Foto AFP

ISMAILIA: Kapal kontena MV Ever Given yang terkandas di Terusan Suez pada Mac lalu akan dibenarkan belayar semula pada 7 Julai ini selepas penyelesaian formal dicapai berhubung pertikaian pampasan.

Wakil firma undang-undang yang berpangkalan di London, Stann Marine, Faz Peermohamed dalam satu kenyataan mengesahkan persiapan sedang dijalankan bagi pelepasan kapal berkenaan.

“Persiapan untuk pelepasan kapal akan dibuat dan acara sebagai simbolik perjanjian akan diadakan di markas Otoritas di Ismailia,” katanya memetik media antarabangsa.

Sementara itu, penguasa Terusan Suez (SCA) dalam satu kenyataan memaklumkan satu upacara akan diadakan pada Rabu sebagai menandakan pemeteraian perjanjian.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak memaklumkan jumlah sebenar pampasan yang dibayar.

Ketua SCA, Osama Rabie berkata terusan itu akan menerima kapal tunda sekitar 75 tan sebagai sebahagian daripada penyelesaian.

Kapal kargo MV Ever Given dengan berat muatan 199,000 ton tersekat di Terusan Suez pada 23 Mac lalu akibat ditiup angin kencang.

Kapal milik syarikat Jepun, Shoei Kisen Kaish itu tersekat secara menyerong merintangi terusan, menutup laluan perdagangan global dari kedua-dua arah, timur dan selatan.

Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer (km) dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain.

Akibat insiden tersebut, Mesir dilaporkan mengalami kerugian di antara AS$12 juta (RM37 juta)

dan AS$15 juta (RM46.3 juta) setiap hari sepanjang laluan itu ditutup.-AFP

Continue Reading

Previous: Stok makanan Korea Utara habis Ogos ini
Next: 18 MAUT, nahas jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.