Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • EU sokong perjanjian subsidi perikanan WTO
  • GLOBAL

EU sokong perjanjian subsidi perikanan WTO

Utusan Sarawak 2 years ago
Selepas lebih dua dekad rundingan ke arah mengharamkan subsidi yang menggalakkan penangkapan ikan berlebihan dan mengancam kemampanan stok ikan di seluruh dunia, perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) itu akhirnya dimeterai Jun lalu.



BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) meluluskan perjanjian bersejarah yang melarang subsidi perikanan.

Selepas lebih dua dekad rundingan ke arah mengharamkan subsidi yang menggalakkan penangkapan ikan berlebihan dan mengancam kemampanan stok ikan di seluruh dunia, perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) itu akhirnya dimeterai Jun lalu.

Kanada dan Emiriah Arab Bersatu menerimanya awal bulan ini, setelah Amerika Syarikat berbuat demikian pada April.

Iceland, Seychelles, Singapura dan Switzerland juga secara rasmi menerima perjanjian itu.

“Ini adalah langkah yang sangat positif untuk pembangunan mampan dan langkah yang sangat positif oleh EU. Saya sangat berharap lebih banyak ahli WTO akan mengikutinya,” kata Menteri Perdagangan Sweden, Johan Forssell kepada pemberita di sini.

“Dalam Persidangan Menteri WTO akan datang, kita sepatutnya membincangkan langkah seterusnya mengenai subsidi perikanan,” kata Pesuruhjaya Perdagangan EU, Valdis Dombrovskis, selepas Mesyuarat Menteri Perdagangan EU di ibu negara Belgium. – AFP

Continue Reading

Previous: Pelakon Romeo dan Juliet saman Paramount Pictures akibat adegan bogel
Next: Rempuhan stadium ragut satu nyawa, 30 cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.