PARIS: Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan sekatan ekonomi baharu terhadap tentera Myanmar, kata Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian pada Selasa lalu, lapor Sputnik.
Pada Mac lalu, EU mengenakan sekatan terhadap 11 individu dari Myanmar termasuk komander tertinggi tentera dan pengerusi baharu suruhanjaya pilihan raya susulan rampasan kuasa dan kekerasan yang digunakan ke atas penunjuk perasaan.
“Rampasan kuasa berlaku dua bulan lalu dan situasi semakin buruk … Kita menyaksikan kekejaman yang belum pernah terjadi sebelum ini… Kita mesti bertindak dan EU telah menambah sekatan ekonomi ke atas tentera Myanmar,” kata menteri itu ketika berucap di Dewan Rakyat.
Katanya, EU sudah menghentikan dana untuk program kerajaan di Myanmar, sebaliknya meningkatkan bantuan kepada rakyat termasuk bantuan kemanusiaan.
Tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa pada 1 Februari yang mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 568 orang terbunuh setakat ini, sementara ribuan yang lain ditahan. -Bernama