EU kenakan denda €200 juta terhadap Temu berhubung produk haram

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda sebanyak €200 juta (AS$232 juta) terhadap gergasi e-dagang China, Temu, kerana menawarkan produk haram di platformnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Temu gagal mengenal pasti, menganalisis dan menilai secara teliti risiko sistemik berkaitan produk haram yang ditawarkan di platformnya serta kesan mudarat terhadap pengguna di EU,” menurut Suruhanjaya Eropah hari ini.

Siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu, termasuk pembelian misteri, mendapati banyak produk gagal melepasi ujian keselamatan.

Antara produk terbabit ialah pengecas yang tidak selamat dan permainan bayi yang mengandungi bahan kimia melebihi had keselamatan yang dibenarkan serta berisiko menyebabkan lemas.

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Henna Virkkunen berkata penilaian risiko Temu memandang rendah risiko sebenar, tidak cukup spesifik, tidak berasaskan bukti kukuh dan tidak menyeluruh.

“Ia menyebabkan pengawal selia, pengguna dan orang ramai tidak mengetahui skala sebenar potensi mudarat yang berpunca daripada produk haram yang dijual di Temu. Kini tiba masanya untuk Temu mematuhi undang-undang,” katanya. – Bernama 

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan