Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Etiqa Kembara Pan Borneo 2025 kukuhkan hubungan komuniti di Sarawak
  • TEMPATAN

Etiqa Kembara Pan Borneo 2025 kukuhkan hubungan komuniti di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
BERMULA di Kuching dengan lawatan ke Fort Alice dan Benak di Sri Aman.

KUCHING: Etiqa General Insurance Berhad (EGIB) dengan kerjasama Perinsuran Brokar Sdn Bhd, broker terkemuka di Sarawak serta Masterpiece Cycling Club berjaya menganjurkan program Etiqa Kembara Pan Borneo 2025, ekspedisi tiga hari dua malam yang mempromosikan keselamatan, gaya hidup sihat dan penglibatan komuniti di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

Bermula pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2025, ekspedisi sejauh kira-kira 900 kilometer (km) itu meliputi lima bandar utama iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri dengan pengisian termasuk lawatan kebudayaan, sumbangan amal dan aktiviti memupuk gaya hidup aktif.

Program bermula dengan acara pelepasan di Pejabat Perinsuran Brokar Sdn Bhd di Kuching, diikuti lawatan ke Kubu Alice di Sri Aman dan hentian di Benak bagi menyaksikan fenomena ombak pasang surut yang unik.

LAWATAN mesra ke Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu dan Rumah PERYATIM dengan sumbangan zakat sebanyak RM10,000 di bawah Dana Wakalah Zakat daripada Etiqa Family Takaful Berhad.

Hari kedua di Sibu menyaksikan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu untuk agihan makanan, sebelum Etiqa menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM10,000 serta RM3,500 daripada Perinsuran Brokar kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) di bawah Dana Zakat Wakalah Etiqa Family Takaful.

Lawatan tersebut turut diisi dengan aktiviti interaktif bersama anak-anak yatim dan persembahan khas. Ekspedisi berakhir di Miri dengan kayuhan basikal sejauh 30 km di sekitar bandar yang dianjurkan bersama Masterpiece Cycling Club bagi menggalakkan keselamatan jalan raya dan amalan hidup sihat.

Majlis penutupan turut diadakan bagi menghargai kerjasama semua pihak, dengan ucapan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif EGIB, Fukhairudin Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Perinsuran Brokar Sdn Bhd, Rafidah Adenan Satem. Sepanjang perjalanan, semua peserta dilindungi di bawah pelan Insurans Kemalangan Diri Etiqa.

KAYUHAN sejauh 30 kilometer di Miri bersama Masterpiece Cycling Club, diakhiri dengan sesi penghargaan.

Menurut Fukhairudin, Etiqa Kembara Pan Borneo 2025 mencerminkan visi Etiqa untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik, bukan sekadar melalui produk insurans tetapi melalui penglibatan tulus bersama masyarakat. Rafidah pula menegaskan Lebuh Raya Pan Borneo melambangkan lebih daripada sekadar jalan raya, malah ia menghubungkan budaya, komuniti dan nilai kebersamaan.

Inisiatif ini turut mempromosikan pelan perlindungan Etiqa yang mudah diakses seperti Actyve iaitu pelan tiga bulan yang sesuai untuk pengembara jangka pendek, dan Buddy PA iaitu pelan perlindungan kemalangan diri setahun yang direka untuk melindungi aktiviti harian. Perinsuran Brokar merupakan broker insurans bagi projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sejak 2016 hingga 2025 dengan Etiqa sebagai penanggung insurans utama.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS perkukuh keselamatan Flat KMC selepas insiden pecah rumah
Next: JBPM Sarawak mohon bantuan peralatan pemadaman kebakaran hutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.