Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Erra Fazira umum bakal tamatkan zaman solo bersama Ezwan Zain
  • HIBURAN

Erra Fazira umum bakal tamatkan zaman solo bersama Ezwan Zain

Utusan Sarawak 3 hours ago
ERRA Fazira dan Ezwan Zain.

KUALA LUMPUR: Primadona filem dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, mengumumkan bahawa beliau bakal menamatkan zaman solo bersama pilihan hatinya, pemilik rangkaian restoran Kueh, Ezwan Zain.

Pasangan itu dijadualkan bernikah pada 12 Disember ini, dan Erra memohon doa agar segala urusan dipermudahkan. Pengumuman tersebut dibuat ketika pelancaran muzik video Cinta Abadi 2025, lagu klasik yang diberi nafas baharu sempena detik istimewa menjelang hari pernikahannya.

Lagu Cinta Abadi single pertamanya pada 1993 kini diberi nafas baharu dengan susunan muzik lebih segar, sekali gus menjadi simbolik kepada detik istimewa menjelang hari bersejarah Primadona Malaysia itu.

Menurut Erra, lagu tersebut sentiasa dekat di hatinya kerana menjadi karya yang melonjakkan namanya dalam industri nyanyian.

Beliau turut berkongsi bahawa peminat sering merindukan suaranya, dan sebab itu beliau bersetuju untuk merakamkan semula lagu tersebut apabila pihak MindOrder Sdn Bhd mengusulkan idea berkenaan.

Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada 2014. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, kini berusia 16 tahun.

Sebelum itu, beliau juga pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun berpisah pada 2006 tanpa zuriat.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Andmesh kembali dengan konsert ‘Love Story’ Februari depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.