Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ernie Zakri raih 124,448,198 undi, dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 37
  • HIBURAN

Ernie Zakri raih 124,448,198 undi, dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 37

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEBAK… Ernie kelihatan sebak ketika menyampaikan ucapan selepas menang anugerah SEBAK… Ernie kelihatan sebak ketika menyampaikan ucapan selepas menang anugerah SEBAK… Ernie kelihatan sebak ketika menyampaikan ucapan selepas menang anugerah Bintang Paling Popular.

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor tanah air, Ernie Zakri, mencatat kejayaan gemilang apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-37 (ABPBH 37) yang berlangsung semalam.

Kemenangan tersebut diraih selepas Ernie memperoleh jumlah undian luar biasa sebanyak 124,448,198, sekali gus menewaskan pencabar lain dalam kategori paling berprestij itu.

ERNIE ketika menang Penyanyi Wanita Popular. Foto Facebook TV3 Malaysia

Terdahulu, Ernie telah memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebelum membuat keputusan untuk pulang ke hotel.

Namun, sebaik tiba di hotel, beliau dihubungi pihak penganjur yang bertanyakan alasan beliau tidak terus berada di lokasi majlis.

Menyedari masih tersenarai sebagai calon bagi anugerah utama, Ernie segera membuat keputusan untuk kembali ke lokasi anugerah. Bagaimanapun, perjalanan beliau terhalang akibat kesesakan lalu lintas.

KRU dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular. Foto Facebook TV3 Malaysia

Sebaik mengetahui namanya diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular, Ernie dilaporkan terus berlari menuju ke lokasi bagi menerima anugerah berkenaan.

Antara tumpuan utama malam anugerah itu ialah kemenangan kumpulan KRU yang dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, manakala personaliti radio Haiza membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular.

Dalam kategori artis baharu, Jazmy Juma dan Umairah masing-masing muncul sebagai Artis Baharu Lelaki Popular dan Artis Baharu Wanita Popular.

PERSONALITI radio Haiza membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular. Foto Facebook TV3 Malaysia

Sementara itu, Hael Husaini dan Ernie Zakri terus mengukuhkan populariti apabila memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Bagi kategori filem, Fattah Amin dan Sweet Qismina masing-masing dinobatkan sebagai Aktor Filem Popular dan Aktres Filem Popular, manakala Adam Lee serta Heliza Helmi memenangi kategori Aktor Pembantu Filem Popular dan Aktres Pembantu Filem Popular.

Dalam kategori televisyen pula, Zahiril Adzim dan Emma Maembong muncul sebagai Aktor TV Popular dan Aktres TV Popular.

GANDINGAN hos Raja Azura dan Shiha Zikir. Foto Facebook TV3 Malaysia

Nazim Othman dan Raja Azura pula memenangi kategori Aktor Pembantu TV Popular dan Aktres Pembantu TV Popular.

Anugerah khas Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan legenda Alleycats sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar mereka dalam industri muzik tanah air.

Sementara itu, Joey Daud dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular, manakala Fiza Sabjahan memenangi kategori Pengacara TV Popular.

ABPBH 37 turut memperkenalkan Kategori Sampingan Ekstra yang menyaksikan Shukri Yahaya dan Anna Jobling memenangi trofi Gandingan Serasi Drama Popular, manakala Iedil Dzuhrie Alaudin dan Emma Maembong memenangi Gandingan Serasi Filem Popular.

Selain itu, Datuk Seri Aliff Shukri bersama Ammar Ahyan memenangi trofi Seller Terpaling Popular, Amir Masdi pula dinobatkan sebagai pemenang Lagu Paling Boom Popular menerusi single Nurcinta, manakala Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian apabila memenangi Artis Kontroversi Popular.

Majlis ABPBH 37 sekali lagi membuktikan anugerah ini kekal relevan sebagai platform menghargai artis dan penggiat seni pilihan rakyat Malaysia.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Keserasian anak-anak faktor Erra Fazira dan Ezwan mendirikan rumah tangga
Next: Fenomena Samurai satukan legasi rock tanah air SEARCH, XPDC di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.