Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eric Tay gesa pembaharuan undang-undang dan pendidikan tangani keganasan sekolah
  • TEMPATAN

Eric Tay gesa pembaharuan undang-undang dan pendidikan tangani keganasan sekolah

Utusan Sarawak 19 hours ago
KAUNSELOR Eric Tay.

KUCHING: Insiden terkini yang melibatkan kes buli, ancaman keganasan, serta cubaan membunuh antara pelajar di Sarawak dan seluruh Malaysia telah menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat.

Ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), kaunselor Eric Tay, berpendapat bahawa pelaksanaan semula hukuman rotan di sekolah tidak akan menyelesaikan punca sebenar masalah disiplin pelajar. Sebaliknya, beliau menekankan keperluan pendekatan holistik yang memberi tumpuan kepada pendidikan emosi serta pembentukan nilai diri.

“Pelajar perlu diajar untuk menyayangi diri sendiri, menghargai kehidupan, dan menguruskan tekanan emosi dengan cara yang positif terutamanya apabila mereka berasa tidak disayangi atau diabaikan,” katanya.

Menurut Tay, tindakan keganasan yang melampau lazimnya berpunca daripada tekanan psikologi yang mendalam, bukan sekadar disebabkan oleh sifat impulsif atau rasa ingin tahu.

“Sesetengah pelajar membentuk kecenderungan membalas dendam selepas mengalami pengabaian emosi yang berpanjangan. Pendedahan berterusan kepada kandungan ganas dan bertemakan dendam di internet menyebabkan ada yang menganggap tingkah laku melampau sebagai lambang kekuatan. Pemikiran yang menyimpang ini perlu diperbetulkan,” katanya.

Beliau turut merujuk kepada satu kes di Kuching baru-baru ini, yang mana seorang pelajar didakwa mengugut untuk “merogol dan menikam rakan sekelas perempuan sebanyak 300 kali.”

Walaupun ancaman itu hanya berbentuk lisan, Tay menegaskan bahawa ia tetap merupakan satu bentuk intimidasi serius dan ancaman jenayah.

“Keganasan verbal juga perlu dipandang serius kerana ia telah melampaui batas moral dan undang-undang,” tegasnya.

Tay mengesa agar ibubapa, sekolah, dan masyarakat memainkan peranan bersama dalam menangani isu berkenaan.

Beliau turut menggesa kerajaan meneliti semula Akta Kanak-Kanak bagi memastikan pesalah juvana menerima hukuman yang setimpal serta pemulihan yang berkesan.

“Pada masa yang sama, kita perlu memperkukuh rangka perundangan supaya undang-undang bukan sahaja berperanan sebagai pencegah, tetapi juga sebagai alat pendidikan,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan mempertingkatkan kaunseling psikologi dan pendidikan emosi, agar kanak-kanak tahu ke mana harus dituju apabila berdepan tekanan atau kesunyian.

“Ukuran sebenar ketamadunan sesebuah masyarakat bukan terletak pada kemajuan ekonominya, tetapi pada cara ia mendidik generasi muda untuk memahami kasih sayang, empati, dan tanggungjawab,” katanya.

Tay menegaskan bahawa hanya melalui kerjasama antara pendidikan dan undang-undang, masalah keganasan di sekolah dapat dibendung dari akar umbi.

“Apabila pendidikan dan undang-undang bergerak seiring, barulah kita dapat mengurangkan keganasan sekolah secara menyeluruh,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mercu tanda baharu pacu pembangunan industri konvensyen Sarawak
Next: Sarawak’s contribution to petroleum revenue underscores need for Petronas–Petros cooperation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.