Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eric Chang masih gagal dijejaki
  • TEMPATAN

Eric Chang masih gagal dijejaki

Utusan Sarawak 3 years ago

OPERASI… Pasukan SAR melakukan operasi di kawasan sekitar perairan di Muara Tebas, Bako.

KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gagal menjejaki budak berumur empat tahun, Eric Chang Wei Jie dengan radius pencarian tiga nautika dari jeti di Muara Tebas di sini, semalam.

Seramai 12 anggota terlibat dalam operasi ini yang melibatkan pasukan bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim yang bermula 8.00 pagi dan berharap mangsa dapat dijumpai apabila air surut.

Turut dilihat di jeti ialah ibu kepada Eric Chang, Dynasty Chang dan teman lelaki serta bapa Eric Chang tiba pada tengah hari semalam.

Penjaga kepada Eric Chang kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala suspek dan suaminya ditahan pada 9 Mac lalu serta direman bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ibu bapa Eric Chang dilepaskan semalam selepas ditahan pada Mac 10 lalu.

Terdahulu,Eric dipercayai hilang di laut berdekatan Jeti Muara Tebas, sekali gus mendorong kepada operasi pencarian di kawasan tersebut sejak Ahad lalu.

Laporan polis dibuat Dynasty pada 7 Mac lalu di Balai Polis Bintawa pada 7.42 malam selepas mendapati anaknya hilang pada hari yang sama.

Kesemua empat suspek didapati positif dadah dan mempunyai 17 rekod jenayah yang melibatkan kesalahan dadah dan mencuri.

Oleh CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Rakyat mahu kerajaan kukuh – Alexander
Next: Fadillah santuni tiga beradik yatim piatu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.