Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Erdogan, Biden buka ‘era baharu’
  • GLOBAL

Erdogan, Biden buka ‘era baharu’

Utusan Sarawak 4 years ago
PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika bertemu di sidang Kemuncak NATO di ibu pejabatnya di Brussels, Belgium, minggu lalu. • Foto AFP

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam berkata, pertemuan sulung dengan rakan sejawat dari Amerika Syarikat, Joe Biden membuka “era baru” hubungan yang lebih membina.

Pertemuan pertama pemimpin itu diadakan di luar sidang kemuncak NATO minggu lalu, ketika hubungan Turki-AS berada pada tahap rendah.

Washington sebelum ini mengenakan sekatan terhadap Ankara kerana membeli sistem pertahanan peluru berpandu Rusia serta mempersoalkan isu hak asasi manusia di bawah pemerintahan Erdogan.

Namun, pemimpin Turki itu berkata, pertemuan dengan Biden itu juga bersetuju untuk kedua pihak lebih terbuka berkomunikasi.

“Kita yakin sudah membuka pintu ke era baharu yang didasarkan pada hubungan positif dan konstruktif dengan AS.

“Kita yakin ia juga akan memberi manfaat kepada negara selepas berbincang dengannya (Biden) dan setuju untuk meningkatkan komunikasi dengan AS.

“Satu-satunya permintaan Turki ialah supaya kedaulatan ekonomi dan politiknya dihormati di setiap bidang,” katanya.

Erdogan berkata, Ankara kesal dengan sokongan AS terhadap militan Kurdish di Syria dan Biden tidak banyak bercakap mengenainya dalam pertemuan itu.

Namun, Penasihat Keselamatan AS, Jake Sullivan berkata, kedua-duanya pemimpin itu juga berbincang secara panjang lebar dan terperinci” mengenai peranan Turki dalam menyelia keamanan lapangan terbang Kabul selepas AS selesai membawa balik pasukannya dari Afghanistan pada September ini.

“Kedua Presiden berkenaan bersetuju bahawa mereka akan bekerjasama bagi memastikan apa yang dirancang berjalan lancar,” kata Sullivan kepada wartawan. – AFP

Continue Reading

Previous: Batu kuarza kristal disangka berlian
Next: Teksi terbang beroperasi 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.