Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eratkan kerjasama JKKK, agensi kerajaan
  • TEMPATAN

Eratkan kerjasama JKKK, agensi kerajaan

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH … Dr. Hazland Abang Hipni menyerahkan sijil penyertaan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat pada Dialog Kampung Bersama Agensi Kerajaan yang diadakan di Hotel UCSI pada Sabtu lalu.

KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu mempertingkatkan hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Hazland Abang Hipni berkata, perkara ini penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat kampung terjamin.

“Sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) dan badan penting dalam sesebuah kampung, JKKK berperanan sebagai penggerak kepada permaufakatan dan hubungan baik antara masyarakat dan agensi kerajaan.

“Menerusi hubungan baik ini, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat akan terpelihara dengan setiap permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik dan tersusun,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Dialog Kampung Bersama Agensi Kerajaan yang diadakan di Hotel UCSI pada Sabtu.

Agensi kerajaan yang terlibat dalam dialog itu ialah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Lembaga Air Kuching dan Lembaga Penjagaan Tanah dan Pembangunan (LCDA).

Mengulas mengenai penganjuran dialog ini, Dr Hazland menyifatkan objektifnya berjaya dicapai dengan adanya sokongan daripada semua JKKK yang terlibat dan agensi kerajaan.

“Banyak isu yang telah dibincangkan secara bersama seperti penagihan dadah, keselamatan, kebersihan, kesejahteraan dan kemajuan kampung.

“Dengan hubungan baik dan kerjasama utuh, setiap isu ini pastinya mempunyai jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan masyarakat bersama,” ujarnya.

Kesempatan itu, beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur JKKK Zon Tabuan Melayu yang telah bertungkus lumus menganjurkan Dialog Kampung Bersama Agensi Kerajaan.

Antara JKKK yang terlibat dalam dialog ini ialah JKKK Kampung Tabuan Dani, Kampung Tabuan Lot, Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Lama, Kampung Tabuan Hilir, Kampung Tabuan Selipar Putus Cemerlang (SPC) dan Kampung Muara Tabuan.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Program IOW dilaksana di 4,500 lokasi
Next: TRANSFORMASI EKONOMI DIGITAL LANCAR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.