Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • EPL: Tumpuan untuk Liverpool, Arsenal, United buka tirai
  • SUKAN

EPL: Tumpuan untuk Liverpool, Arsenal, United buka tirai

Utusan Sarawak 1 day ago

LONDON: Degupan jantung peminat bola sepak seluruh dunia kembali kencang apabila musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025-26 membuka tirai dengan dua aksi utama, Arsenal menentang Manchester United dalam ujian awal penuh sengit dan juara bertahan Liverpool memulakan misi mempertahankan takhta bertemu Bournemouth di Anfield.

Newcastle pula dijangka beraksi tanpa penyerang utama mereka yang mahu berpindah, Alexander Isak ketika bertandang ke Aston Villa.

Benjamin Sesko dan Viktor Gyokeres dijangka membuat penampilan sulung EPL masing-masing buat United dan Arsenal di Old Trafford, selepas musim perpindahan yang hampir menyaksikan mereka bertukar destinasi.

Arsenal sudah lama dikaitkan dengan Sesko, namun akhirnya memilih Gyokeres untuk mengemudi jentera serangan dalam usaha menamatkan penantian gelaran EPL sejak tahun 2004, dengan yuran perpindahan yang boleh mencecah £66 juta (RM376 juta).

The Gunners menamatkan musim di tangga kedua tiga musim berturut-turut, dengan kekurangan penyerang penyudah klinikal dianggap punca utama kegagalan mereka.

Gyokeres menjaringkan 97 gol dalam 102 perlawanan ketika dua tahun bersama Sporting Lisbon, sebahagian besar di bawah bimbingan pengendali United, Ruben Amorim.

Sebaliknya, Amorim menggunakan dana besar untuk membentuk semula serangan United dengan membawa masuk Sesko, Bryan Mbeumo dan Matheus Cunha dengan jumlah kos lebih £200 juta (RM1.14 bilion).

Musim pertama Amorim menyaksikan United mengharungi musim paling buruk sejak penyingkiran mereka pada 1974, apabila menamatkan saingan di tangga ke-15 dan gagal layak ke Eropah selepas tewas di final Liga Europa.

Kedua-dua pasukan amat memerlukan permulaan pantas dan pertembungan dua penyerang nombor sembilan baharu bakal menjadi penentu utama keputusan.

Liverpool pula tampil berbeza selepas menjuarai liga musim lalu, membelanjakan £260 juta (RM1.48 bilion) untuk membawa masuk Florian Wirtz, Hugo Ekitike, Jeremie Frimpong dan Milos Kerkez, dengan khabar angin mengaitkan Isak dan kapten Crystal Palace, Marc Guehi turut berada dalam radar.

Bagi membiayai pembelian itu, Liverpool melepaskan Trent Alexander-Arnold, Luis Diaz dan Darwin Nunez, selain masih berduka dengan kematian tragis Diogo Jota dalam kemalangan kereta bulan lalu.

Aksi pramusim memperlihatkan kelemahan di benteng pertahanan ketika serangan mereka beraksi mantap, namun Arne Slot optimis skuadnya sudah bersedia mempertahankan takhta, sesuatu yang kali terakhir mereka lakukan pada 1984.

“Saya fikir kami kehilangan lima atau enam pemain tonggak yang beraksi banyak minit permainan musim lalu dan kami membawa masuk empat pemain baharu, jadi ia sesuatu yang biasa mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri,” kata Slot.

“Namun kami benar-benar bersedia untuk memulakan liga.”

Sementara itu, Aston Villa dan Newcastle yang sebelum ini sering mencabar “Big Six” – Liverpool, Manchester City, United, Arsenal, Chelsea dan Tottenham – kini terhimpit oleh peraturan kewangan.

Villa hanya membuat pembelian utama Evann Guessand dari Nice, manakala Newcastle terus dihantui isu perpindahan Isak yang enggan bermain ketika pramusim bagi memaksa perpindahan ke Liverpool.

Namun kedua-dua pasukan masih berpotensi mencabar tempat ke Liga Juara-Juara seperti yang sering mereka lakukan sebelum ini.

JADUAL EPL MINGGU INI

Awal pagi esok:

Liverpool mln Bournemouth (3 pagi)

Malam esok:

Aston Villa mln Newcastle (7.30 malam)

Brighton mln Fulham (10 malam)

Sunderland mln West Ham (10 malam)

Tottenham mln Burnley (10 malam)

Wolves mln Man City (12.30 tengah malam)

Malam Ahad:

Chelsea mln Crystal Palace (9 malam)

Nottingham Forest mln Brentford (9 malam)

Man Utd mln Arsenal (11.30 malam)

Awal pagi Selasa:

Leeds mln Everton (3 pagi)

Continue Reading

Previous: Soft launch for Regatta Telaga Air 2025
Next: Wei Chong-Kai Wun sudah bersedia hadapi Kejohanan Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.