Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • England diaibkan Senegal di tempat sendiri 
  • SUKAN

England diaibkan Senegal di tempat sendiri 

Utusan Sarawak 2 days ago

Pemain Senegal, Ismaila Sarr (kanan) menyumbat masuk gol pertama pasukannya menentang England pada aksi persahabatan antarabangsa di City Ground, Nottingham. Senegal menang 3-1.

NOTTINGHAM, England: England tewas 3-1 di laman sendiri kepada Senegal pada aksi persahabatan antarabangsa awal pagi tadi, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengurus Thomas Tuchel setahun sebelum Piala Dunia bermula.

Gol daripada Ismaila Sarr, Habib Diarra dan Cheikh Sabaly mencetus kekalahan pertama England di tangan pasukan dari benua Afrika di City Ground milik Nottingham Forest, selepas Harry Kane memberi kelebihan awal kepada tuan rumah.

Tuchel sebelum ini mengkritik keras prestasi hambar skuadnya apabila hanya menang tipis 1-0 ke atas pasukan kerdil Andorra pada aksi kelayakan Piala Dunia, Sabtu lalu.

Pengendali dari Jerman itu, yang dilantik dengan misi menamatkan penantian England sejak tahun 1966 untuk memenangi kejohanan utama, mengalami kekalahan pertamanya selepas empat perlawanan memimpin pasukan.

“Kami perlu melihat pemain dalam situasi seperti ini menentang salah satu daripada 20 pasukan terbaik dunia untuk menjadi lebih bijak,” kata Tuchel.

“Kami bukan ke Piala Dunia minggu depan. Kami akan pergi dalam masa setahun.”

Tuchel membuat 10 pertukaran pemain, dengan Kane satu-satunya pemain yang dikekalkan dalam kesebelasan utama.

Penyerang Bayern Munich itu hanya memerlukan tujuh minit untuk mengekalkan rekod menjaringkan gol dalam setiap perlawanan sejak Tuchel mengambil alih pasukan.

Bekas penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy sepatutnya mampu menyelamatkan sepakan Anthony Gordon, tetapi hanya mampu menepis bola ke arah Kane, yang mudah menyudahkannya bagi gol antarabangsa ke-73.

Dean Henderson diberi peluang beraksi sebagai penjaga gol England, manakala Jordan Pickford diletakkan di bangku simpanan.

Penjaga gol Crystal Palace itu melakukan beberapa aksi menyelamat cemerlang menafikan percubaan rakan sekelabnya Sarr dan juga Idrissa Gana Gueye.

Namun dia tidak berdaya apabila Sarr mengambil kesempatan daripada kecuaian Kyle Walker untuk menyambut hantaran Nicolas Jackson dan merembat masuk ke penjuru bawah gawang.

England tidak pernah tewas kepada pasukan dari Afrika dalam 21 perlawanan terdahulu, namun Senegal hanya sekali tewas dalam permainan terbuka sejak dikalahkan oleh England pada Piala Dunia 2022. – AFP

Continue Reading

Previous: Malaysia tamat badi 11 tahun tewaskan Vietnam
Next: Brazil, Ecuador tempat tiket ke Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.