Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Enggan bayar caj kuarantin dihantar terus ke ILA
  • NASIONAL

Enggan bayar caj kuarantin dihantar terus ke ILA

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejurus tiba untuk mengadakan sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Parlimen, hari ini. Katanya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di negeri Kedah bermula hari ini hingga 30 Ogos. Keputusan itu dibuat susulan 11 kes baharu COVID-19 yang berpunca daripada kluster PUI Sivagangga, katanya --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mereka  yang pulang ke tanah air dan enggan  membayar caj kuarantin atau menandatangani  perjanjian pembayaran (LoU) akan dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA)  terlebih dahulu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata ILA  adalah milik kerajaan dan penempatan individu terbabit boleh dilakukan tanpa pembayaran deposit terlebih dahulu, selain bertujuan mengelakkan mereka daripada terdedah kepada orang awam. 

“Di ILA, mereka perlu menyelesaikan pembayaran caj kuarantin (RM150 sehari) dalam masa 14 hari dan sekiranya gagal, mereka akan dikenakan kompaun RM1,000 dan tindakan mahkamah,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Ismail Sabri berkata, caj kos kuarantin di semua stesen kuarantin sama ada hotel ataupun ILA adalah sama.

Sementara itu, katanya pelajar daripada keluarga B40 perlu memaklumkan kepada sekretariat bertugas sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memohon pengecualian pembayaran kos kuarantin.

Ismail Sabri berkata, semakan akan dibuat dengan merujuk pada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pelajar yang layak akan diberi borang kelulusan yang perlu dikemukakan kepada pihak hotel sewaktu membuat pendaftaran bilik.

Bagi pelajar yang telah tamat pengajian pula, hanya mereka yang di bawah tajaan sahaja tidak perlu membayar kos kuarantin kerana ia ditanggung oleh pihak penaja, katanya.

Sejak 24 Julai hingga Selasa lepas sebanyak 5,281 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya  telah ditempatkan di 21 hotel dan lima ILA di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak dan Johor, dan daripada jumlah itu 13 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Menurut kenyataan itu, kesemua mereka pulang dari 28 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia.

Ismail Sabri berkata, polis melakukan 2,078 pemeriksaan Selasa lepas terhadap individu yang sedang menjalani  kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing, dan setakat ini jumlah kumulatif individu yang dikenakan tindakan adalah 80 orang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). 

Mengenai Task Force Operasi Pematuhan, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan  60,856 pemeriksaan Selasa lepas bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP dan turut menahan 104 individu atas kesalahan ingkar PKPP.

Daripada jumlah itu lima individu direman manakala 99 lagi dikompaun melibatkan kesalahan antaranya,  aktiviti yang tidak mengikut  SOP, aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal, premis beroperasi lebih masa serta melanggar perintah kuarantin.

Bagi kawalan sempadan negara pula, Ismail Sabri berkata PDRM telah membuat 64 sekatan jalan raya menerusi Operasi Benteng bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dan lima individu ditahan kerana kesalahan imigresen. 

Orang ramai boleh melaporkan sebarang aktiviti kemasukan atau pencerobohan pendatang tanpa izin ke hotline National Task Force di talian 011-6251 1223. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mohd Hafarizam tidak mengaku terima wang haram
Next: Md Rayhan diusir selepas selesai siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.