Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ‘Energy Street’ cerminan kuasa tenaga masa depan Sarawak – Premier Sarawak
  • SEMASA

‘Energy Street’ cerminan kuasa tenaga masa depan Sarawak – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Anak Sarawak sempena program LBAS 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Foto UKAS

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melahirkan rasa kagum dan terpegun terhadap konsep ‘Energy Street’ atau Lorong Tenaga yang menampilkan keupayaan Sarawak sebagai peneraju tenaga baharu dan hijau untuk masa depan.

Menurut beliau, lorong bertemakan tenaga itu sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 bukan sahaja memperlihatkan identiti Sarawak sebagai negeri pengeluar tenaga lestari, malah menjadi simbol kepada kekuatan sumber asli dan inovasi teknologi yang dimiliki negeri tersebut.

“Tahniah anak-anak Sarawak. Apabila saya datang, saya dibawa ke ‘Energy Street’. Ada lorong tenaga yang mengambarkan Sarawak adalah kuasa tenaga untuk masa depan.

“Saya terpegun melihat ‘Energy Street’ yang mempamerkan penyertaan syarikat tempatan seperti Petros, Sarawak Energy, Petra Energy dan banyak lagi syarikat-syarikat kita yang besar yang telah menyumbang kepada pembangunan tenaga pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.

Turut hadir memeriah majlis tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Penasihat Jawatankuasa Induk LBAS 2025 Datuk Amar Fadillah Yusof, Yang di-Pertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta tetamu kenamaan yang lain.

Sementara itu, beliau juga menarik perhatian dengan keupayaan serta sumbangan besar Sarawak dalam membangunkan sektor tenaga serantau.

“Untuk maklumat anak-anak Sarawak di Semenanjung, kita ada sasaran pada 2030 untuk mengeluarkan tenaga elektrik berjumlah 10,000 megawatt atau 10 gigawatt.

“Hampir 70 peratus adalah tenaga hijau, manakala 30 peratus pula tenaga gas rendah karbon yang menjadi nadi dalam kita membangunkan tenaga. Kita tahulah kalau orang ingin memulakan aktiviti ekonomi mesti ada sumber tenaga,” katanya.

Pada sesi dialog awam, Premier Sarawak turut berkongsi keterujaan beliau apabila berpeluang bertemu dan bergambar bersama anak-anak Sarawak yang hadir ke majlis itu yang menggambarkan semangat cinta dan bangga terhadap negeri kelahiran.

Beliau dalam pada itu menjelaskan hala tuju pembangunan ekonomi Sarawak, terutamanya menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bakal memperkukuh sumbangan negeri tersebut kepada pembangunan Malaysia dan rantau ASEAN.

Premier Sarawak dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi khas sempena The ASEAN Business and Investment Summit (ABIS) esok.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anak Sarawak didorong perkasa inovasi dan penerokaan ilmu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.