Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam warga asing ditahan tiada dokumen perjalanan sah
  • JENAYAH

Enam warga asing ditahan tiada dokumen perjalanan sah

Utusan Sarawak 5 months ago

MIRI: Seramai enam warga asing telah ditahan dalam satu operasi mengejut OPS SAPU yang dilancarkan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Pekan Lapok, kira-kira 100 kilometer dari Miri, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, OPS SAPU bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota dari Unit Penguatkuasaan Imigresen (UPI) Miri telah diatur gerak ke lokasi pada lewat malam semalam dan menahan kesemua individu warga asing tersebut yang sedang tidur.

“Individu-individu tersebut yang kesemuanya lelaki telah ditahan kerana melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi masa dan tidak mempunyai pas yang sah untuk tinggal di Malaysia.

“Kesemua kes merupakan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan adalah dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat terus ke Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia yang berdekatan atau melalui saluran aduan online sedia ada seperti yang tertera di ruangan komen.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes bunuh: Polis cari suspek warga asing
Next: Suspek kes bunuh Nurul Asikin akui terdesak perlu wang tengok perlawanan bola sepak  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.