Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Enam terkorban dalam nahas pesawat tentera Bolivia
  • GLOBAL

Enam terkorban dalam nahas pesawat tentera Bolivia

Utusan Sarawak 5 hours ago
LOKASI nahas pesawat Tentera Udara Bolivia yang terhempas ketika dalam penerbangan dari La Paz ke Cochabamba. Pesawat yang digunakan bagi misi sokongan sosial itu membawa enam penumpang dan kru yang terkorban dalam kejadian tersebut. Foto AGENSI

LA PAZ: Enam terbunuh apabila sebuah pesawat Tentera Udara Bolivia terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Cochabamba, tengah Bolivia pada Ahad, menurut pihak tentera, lapor Xinhua.

Pesawat Cessna FAB-409 itu ditemukan di kawasan Tres Cruces, Sayari selepas beberapa jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Tentera udara kemudiannya mengesahkan tiada mangsa terselamat dalam nahas itu, menurut satu kenyataan.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Alto berhampiran ibu negara La Paz bagi melaksanakan misi sokongan dan pengangkutan di laluan La Paz-Cochabamba.

Ia dilaporkan mengekalkan komunikasi seperti biasa dengan perkhidmatan kawalan trafik udara sebelum terputus hubungan, sekali gus mencetuskan pelaksanaan prosedur kecemasan.

Laporan awal pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan kesemua enam orang yang berada di dalam pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan.

Menurut tentera udara, pesawat tersebut digunakan untuk mengangkut dan membantu pesakit kanser sebagai sebahagian daripada program bantuan sosial dan khidmat masyarakat yang dilaksanakan di seluruh negara.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada anggota tentera dan orang awam.

Lembaga Siasatan Kemalangan Aeronautik memulakan siasatan bagi menentukan sama ada kegagalan mekanikal, cuaca buruk atau faktor lain menjadi punca nahas, menurut kenyataan berkenaan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Letupan, kebakaran di kemudahan gas di Qatar
Next: Gelombang haba ekstrem landa Eropah, sekolah ditutup dan perkhidmatan kereta api dikurangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.