Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi
  • KEBAKARAN

Enam terkorban dalam kebakaran pusat beli-belah di Karachi

Utusan Sarawak 2 hours ago
KEBAKARAN… Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk seorang anggota bomba, terkorban manakala ramai lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di pusat beli-belah popular di Karachi, semalam.

PAKISTAN: Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk seorang anggota bomba, terkorban manakala ramai lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di pusat beli-belah popular di Karachi, semalam.

Kebakaran itu memusnahkan bangunan bertingkat Gul Plaza yang terletak di Jalan M.A. Jinnah.

Kira-kira 30 orang dilaporkan cedera dan lebih 1,000 kedai musnah dalam kebakaran yang berlarutan sehingga hari ini.

Perbadanan Metropolitan Karachi memaklumkan bahawa kebakaran dilaporkan pada 10.26 malam, dan jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dalam tempoh beberapa minit.

KEBAKARAN… Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk seorang anggota bomba, terkorban manakala ramai lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di pusat beli-belah popular di Karachi, semalam.

Menurut perbadanan itu, seorang daripada mangsa yang terkorban merupakan seorang anggota bomba.

Anggota pasukan separa tentera Rangers Pakistan turut membantu petugas bomba dalam kerja-kerja menyelamat.

Jumlah kematian dikhuatiri meningkat berikutan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam bangunan empat tingkat yang musnah itu, selain beberapa mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan parah.

Rakyat Pakistan di media sosial menzahirkan rasa terkejut atas kehilangan nyawa dan kerosakan yang dialami oleh destinasi beli-belah ikonik di bandar terbesar negara itu.

Ahli politik, Fouzia Hameed menyifatkan kebakaran itu sebagai ‘satu tragedi’ dan mendakwa undang-undang keselamatan bangunan telah diabaikan selain langkah memadam kebakaran yang tidak mencukupi.

“Pihak yang bertanggungjawab mesti didakwa,” katanya.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif telah mengarahkan agar rawatan perubatan terbaik diberikan kepada mangsa yang cedera dan berjanji akan membantu para peniaga yang perniagaan mereka musnah dalam kejadian itu.

-Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumah sewa tingkat empat, wanita ditemui meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.