Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Enam tentera kembali dari AS positif Covid-19
  • GLOBAL

Enam tentera kembali dari AS positif Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
THAILAND mencatat 10 kes baharu Covid-19, termasuk enam anggota tenteranya yang pulang dari menjalani latihan ketenteraan di Hawaii, Amerika Syarikat dalam tempoh 24 jam lepas. • Foto AFP

BANGKOK: Thailand mencatat 10 kes baharu Covid-19, termasuk enam anggota tenteranya yang pulang dari menjalani latihan ketenteraan di Hawaii, Amerika Syarikat dalam tempoh 24 jam lepas.

Hari Jumaat, merupakan hari ke-60 tanpa jangkitan tempatan di Thailand dengan jumlah keseluruhan kes ialah 3,279.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata semua kes baharu melibatkan warga Thai yang sedang menjalani kuarantin wajib di kemudahan kerajaan selepas kembali dari luar negara.

Empat lagi kes adalah mereka yang kembali dari Sudan, Pakistan, Jerman dan Belanda.

“Sejumlah 342 mereka yang kembali dari luar negara dan dikuarantin 14 hari di kemudahan disediakan kerajaan didapati positif dalam saringan Covid-19 sejak 3 April,” kata beliau dalam taklimat harian Covid-19 semalam.

Setakat ini, sejumlah 3,279 kes Covid-19 dengan 58 kematian dilaporkan di Thailand.

Sejumlah 3,107 pesakit sudah pulih dan pulang ke rumah sementara 114 masih lagi berada di wad.- Bernama

Continue Reading

Previous: WHO nafi dibeli China
Next: 16 juta terjejas, korban cecah 645,184

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.