Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Enam Projek RTP bernilai RM700,000 dilaksanakan di DUN Simanggang
  • Tengah
  • WILAYAH

Enam Projek RTP bernilai RM700,000 dilaksanakan di DUN Simanggang

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Francis Harden Hollis hadir pada majlis serahan tapak projek RTP di sekitar DUN Simanggang hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Enam projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM700,000 bakal dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang bagi meningkatkan kemudahan asas serta kesejahteraan penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata pelaksanaan projek tersebut merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan seimbang terus dinikmati rakyat luar bandar.

“Kerajaan sentiasa menunaikan tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan rakyat.

“Diharapkan masyarakat menilai dengan adil segala usaha pembangunan ini dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tapak Projek RTP ADUN N.32 Simanggang di sini, hari ini.

Antara projek yang diluluskan termasuk naik taraf Jalan Akses dan Tapak Parkir Chapel St. Margareth Bayai bernilai RM150,000, naik taraf Rumah Panjang Chau Sambau, Kampung San Ugol Asal (RM250,000), serta baik pulih Rumah Panjang Reggie Beria, Kampung San Kemantan melibatkan kerja pemasangan sengkuap dan penukaran atap serta siling berjumlah RM200,000.

Selain itu, baik pulih Rumah Panjang Gangga Empang, Kampung San Tabut dan Rumah Panjang Sigan Anggeh, Kampung Radau turut diluluskan masing-masing dengan peruntukan RM50,000.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menegaskan, semua projek dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan kerajaan Sarawak yang disalurkan menerusi wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau turut mengingatkan kontraktor terlibat agar melaksanakan projek mengikut jadual dan mengekalkan kualiti kerja demi manfaat penduduk.

Majlis penyerahan tapak turut menyaksikan enam kontraktor terpilih menerima projek masing-masing selepas proses cabutan undi yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) selaku agensi pelaksana.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: POSKOM Belaga tingkat penglibatan komuniti luar bandar dalam pembangunan setempat
Next: Beberapa projek RTP DUN Krian siap bukti komitmen kerajaan perkasa pembangunan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.