Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam projek kluster AFC untuk DUN Serembu
  • TEMPATAN

Enam projek kluster AFC untuk DUN Serembu

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN…Miro (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Amar Douglas Uggah Embas (lima kiri) diikuti tetamu-tetamu lain pada Majlis Perasmian ‘Community Extension Outreach Programme (CEOP)’ di Dewan Serbaguna Kampung Kopit.

BAU: Enam projek dibawah Projek Tabung Fasilitasi Pertanian (AFC) disediakan kepada lima kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu kata ahli dewan undangan negerinya (ADUN), Miro Semuh.

Enam projek itu, antaranya tanaman nanas MD2 di Kampung Kopit melibatkan 19 peserta, tanaman baby corn di Kampung Batu Sepit (42 peserta), tanaman halia di Kampung Gumbang (16 peserta), tanaman kopi liberica di Kampung Teringgus Bong (45 peserta), tanaman padi paya sekunyit (60 peserta) dan ternakan lembu di Kampung Merembeh (18 peserta).

Beliau berkata, kluster-kluster pertanian tersebut akan diwujudkan berdasarkan komuniti-komuniti tertentu. 

“Oleh sebab itu, kita mewujudkan enam kluster pertama dibawah peruntukan AFC supaya kluster-kluster ini nanti akan menjadi perintis kepada pembangunan pertanian di kawasan DUN Serembu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian ‘Community Extension Outreach Programme (CEOP)’ di Dewan Serbaguna Kampung Kopit, di sini, kelmarin.

Justeru, beliau berharap semua peserta-peserta yang terlibat dalam enam kluster AFC itu dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan program tersebut.

Tambah Miro, enam kluster ini AFC ini akan diteruskan di kampung-kampung lain dalam kawasan DUN Serembu selepas mendapat peruntukan daripada kerjaan Sarawak untuk tujuan tersebut kelak.

“Jadi kita akan dapat meneruskan lagi kluster-kluster lain yang kita ada untuk setiap tanaman agar dapat kita tuaikan dalam tempoh masa singkat seterusnya menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada petani,”jelas beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih juga kepada Jabatan pertanian dan Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANDRED) kerana telah memperuntukkkan sejumlah RM120,000 kepada Community Extension Outreach Program (CEOP) tahun ini.

Ujar Miro, dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan latihan, perkongsian bersama dan sebagainya dalam memberi maklumat kepada petani-petani.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Mencari sinar bagi gelandangan
Next: Abang Jo bermesra dengan penduduk Telaga Air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.