Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Enam pengebom mesin ATM dihukum penjara di Jerman
  • GLOBAL

Enam pengebom mesin ATM dihukum penjara di Jerman

Utusan Sarawak 10 hours ago

FRANKFURT:  Enam anggota geng penjenayah di Jerman yang mencuri wang daripada mesin pengeluaran automatik (ATM) dengan meletupkannya telah dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah daerah di Frankfurt pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Dalang utama kumpulan itu dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun 9 bulan, manakala lima lagi masing-masing dihukum penjara lima tahun.

“Kes kecurian ATM menggunakan bahan letupan telah terlalu lama dihukum terlalu ringan,” kata hakim perbicaraan ketika menjatuhkan hukuman.

Kumpulan lelaki itu dalam beberapa insiden berasingan meletupkan tujuh mesin ATM di wilayah barat Jerman pada 2022 dan 2023. Mereka mencuri lebih €870,000 (AS$1 juta), namun jumlah kerosakan akibat letupan dianggarkan melebihi €2.5 juta (AS$2.9 juta), hampir tiga kali ganda nilai yang dicuri.

Pejabat pendakwa raya sebelum ini memohon sabitan cubaan membunuh terhadap tiga daripada tertuduh, namun mahkamah akhirnya mensabitkan mereka atas kesalahan utama menggunakan bahan letupan untuk meletupkan mesin ATM. — Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Jualan kereta merosot, Jaguar Land Rover buang 500 kakitangan pengurusan di UK
Next: Diogo Jota disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Wolves selepas kematiannya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.