Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam penduduk ditahan curi kelapa sawit
  • TEMPATAN

Enam penduduk ditahan curi kelapa sawit

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Polis menangkap penduduk kampung yang mencuri buah kelapa sawit di Ladang Kelapa Sawit SALCRA San Ugol Sri Aman pada Ahad.

SRI AMAN: Enam penduduk daripada sebuah rumah panjang di Undop Sri Aman telah ditangkap kerana mencuri menuai buah kelapa sawit di Ladang Kelapa Sawit Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) San Ugol Sri Aman pada Ahad lalu.

Menurut kenyataan SALCRA, tangkapan tersebut berjaya dilakukan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman serta dibantu oleh anggota polis bantuan SALCRA.

“Pihak polis telah membuat serbuan selepas menerima maklumat daripada penduduk rumah panjang yang juga peserta SALCRA.

“Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan empat roda, beberapa tandan buah kelapa sawit dan peralatan untuk menuai kelapa sawit,” kata SACLRA dalam kenyataan, semalam.

Tambah kenyataan itu, dengan harga minyak mentah kelapa sawit semakin meningkat pada masa kini, kecurian buah kelapa sawit dijangka akan lebih kerap berlaku.

Continue Reading

Previous: Ibadah korban perlu patuhi SOP
Next: Covid-19: Tiada kes positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.