Enam pendingin hawa, 12 kipas siling disumbangkan kepada Hospital Sibu

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH….Dr Nizam (dua kiri) menerima sumbangan pendingin hawa daripada Chuong (tiga kiri). Turut disaksikan oleh Lee (dua kanan) di Hospital Sibu, hari ini.

SIBU: Hospital Sibu hari ini menerima sumbangan enam unit pendingin hawa dan 12 unit kipas siling hasil inisiatif Lembaga Pelawat Hospital Sibu, bertujuan meningkatkan keselesaan pesakit.

Timbalan Pengarah Hospital Sibu, Dr Nizam Ishak, menerima sumbangan tersebut daripada penderma Chuong Soui Chang (pendingin hawa) dan Hii Thien Tiew (kipas siling).

Menurut Dr Nizam, pendingin hawa akan dipasang di wad perubatan merawat pesakit buah pinggang dan jangkitan kuman, manakala kipas siling untuk menggantikan kipas yang lama.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sibu, Michael Lee Meng Ting berkata, pemasangan pendingin hawa dan kipas siling baharu itu dilakukan dengan segera bagi meningkatkan keselesaan pesakit.

“Lembaga berhasrat agar semua wad di hospital ini dilengkapi dengan pendingin hawa sepenuhnya. Oleh itu, lembaga berharap lebih ramai tampil memberi sokongan sumbangan untuk menjayakannya,” katanya.

Oleh Akun Giman

Puisi

Setahun Lagi Aku Menua Hari ini setahun lagi aku menua namun hayat makin berkurang kerana dengan tahun menambah  makin dekatlah aku dan pulang.  dan cermin pun bercerita hikayat tua rambut yang makin putih gigi yang kian hilang kedut yang jelas berkerut. Aku tidak mahu pesta kek mega atau lilin dan nyala cukuplah doa dan sebingkis maaf kerana tidak terjangkau arif berapa kali lagi pagikah yang bakal menjengah petang yang sempat membahang malam yang sudi kelam.