Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam pegawai PBT, seorang bekas pegawai ditahan SPRM
  • JENAYAH

Enam pegawai PBT, seorang bekas pegawai ditahan SPRM

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam pegawai dan seorang bekas pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor kerana disyaki terlibat dengan rasuah sebagai balasan mempercepat urusan permohonan dan memperbaharui lesen perniagaan.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu ditahan antara 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di sekitar Lembah Klang, semalam.

Katanya kesemua mereka disyaki menerima antara RM500 hingga RM15,000 daripada pemilik syarikat perniagaan, selain melindungi syarikat-syarikat tertentu daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ketujuh-tujuh suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2019 hingga 2023.

“Kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM15,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing daripada dua pemilik syarikat,” katanya.

Sumber itu berkata perintah reman selama empat hari sehingga 14 Februari ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki warga tempatan ditahan bersama syabu
Next: SPRM serah kertas siasatan rasuah e-waste kepada pejabat peguam negara pada Jumaat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.